5 TIPS MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN LEBIH SIHAT, BERTENAGA DAN CERGAS

May 05, 2018


Assalammualaikum wbt.

Tak lama lagi , atau minggu depan kita dah start bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak.

Teruja sangat!

Tiap tahun pun tertunggu kedatangan Ramadhan.

Ramai ibu dah mula buat stok makanan yang boleh dipanaskan semasa sahur, sediakan resipi menu pantas dan mengenyangkan dan macam macam lagi.

Ramai juga yang dah bersedia dengan bahan bahan buat biskut raya kan. Hehe.

Semasa Ramadhan kelak, persediaan dari segi kesihatan juga perlu di ambil kira.  Apatah lagi, jika anda adalah seorang pesakot daripada beberapa penyakot di bawah.

TIPS MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN CERGAS DAN KURANG MASALAH KESIHATAN.




Walaupun berpuasa secara amnya kita tidak.makan, namun mengawal pengambilan makanan semasa sahur dan berbuka banyak membantu menjadikan badan lebih sihat.

Hatta, jika anda adalah seseorang yang mempunyai antara penyakit seperti di bawah, pemilihan kumpulan makanan semasa berpuasa perlu di beri perhatian.

1. Diabetis
2. Hipertensi
3. Kolestrol
4. Gastrik
5. Obesiti
6. Gout

Bagaimana nak pastikan berpuasa kali ini lebih baik dari tahun lalu?

🌼Elakkan Makanan Lemak Tinggi Dan Bergoreng


Makanan berlemak dan bergoreng bukan sahaja tidak sesuai untuk kesihatan kita, tetapi juga tinggi kalori.

Semasa berpuasa, pengambilan makanan jenis ini secara berlebihan hanya akan menyebabkan kita menjadi lebih lapar dan lebih penat seperti biasa.

Yang lebih teruk lagi bila badan tidak dapat menukarkan kalori ini menjadi tenaga mengakibatkan berat badan terus naik walaupun berpuasa.

🌸Elak Makanan Garam Tinggi


Garam sinonim dengan dehidrasi.

Pengambilan makanan bergaram tinggi memyebabkan air dalam badan terhidrat banyak. Ini menyebabkan dehidrasi.

Kita hanya perlu amaun yang sedikit untuk maintain garam dalam badan. Ia perlu untuk kekalkan elektrolit dalam badan.

Too much of it will destroy the system!

Minuman Tenaga Yang Kekalkan Elektrolit Badan Tanpa Garam Berlebihan. 

🌸Elak Pengambilan Makanan Terlalu Manis


Ini perlu diberi perhatian, bukan sahaja kepada pesakit diabetis tetapi juga mereka yang normal. Kita semua.

Mengambil makanan tinggi gula akan menyebabkan glukosa dalam darah naik mendadak, kemudian akan turun mendadak selepas beberapa jam.

Ini menyebabkan kita akan cepat rasa lapar, haus dan letih. Situasi ini boleh mengganggu ibadah puasa yang kita jalankan.

🌸Elak Pengambilan Minuman Berkafein

Minuman berkafein ni bersifat dieuretic, iaitu menyingkirkan air dari badan.

Ini menyebabkan kita akan kerap ke tandas sekaligus terjadinya dehydration.

Bagi mereka yang ketagih kafien boleh cuba kurangkan jumlah pengambilan dalam sehari.

Minuman berkafien juga tidak digalakkan pada mereka yang ada gastrik.

Namun, ramai juga yang memilih minum kopi sekurang kurangnya sekali sehari kan. Elak dari menjadi ketagih saja lah ya.

🌸Minum Air 8 Gelas Sehari


Walaupun berpuasa, pengambilan 8 gelas air sehari tidak mustahil.


Air dalam badan yang mencukupi membantu kita jadi lebih cergas, oksigen pun cukup dan sekaligus mengelakkan kita cenderung makan banyak masa berbuka.


Berpuasa bukan tiket kita nak melantak makan sesuka hati masa sahur mahupun berbuka ya.

Berbalik pada tujuan asal kita berpuasa, dan puasa adalah satu ibadah.

Kita fokus jalankan ibadah yang wajib dan sunat, dan elakkan terlalu fokus kepada menu makanan.

3 Suplemen Wajib Ambil Untuk Menjalani Ibadah Puasa Dengan Lebih Cergas!

Semoga bermanfaat.

Semoga Ramadhan kita tahun ini merupakan Ramadhan terbaik berbanding tahun sebelum ini.

Love,
Nida
0165842330



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty