3 TIPS MENGENALPASTI CORAK PERNAFASAN BAYI YANG BERMASALAH

April 20, 2018

Assalammualaikum wbt

Sebagai seorang ibu, antara perkara yang sentiasa menjadi perhatian kita adalah tentang corak pernafasan bayi.

Bayi sedari lahir memang akan mengeluarkan bunyi beritma dan kedengaran comel kan.

Namun, ia tidak bermakna yang bayi kita selesa dengan pernafasannya tau.

Corak Pernafasan Bayi




Corak pernafasan bayi adalah tidak sekata dari 0-4 bulan.

Pada ketika ini, kita dapat lihat sendiri ada kalanya pernafasan bayi jadi panjang dan mendalam, ada kalanya ia pendek pendek dan pantas.

Semasa anak anak Nida masih bayi, sememangnya 6 bulan pertama kehidupan mereka Nida tak terlalu lena tidur. 

Salah satunya, Nida sangat risau kejadian SID berlaku. SID atau Sudden Infant Death adalah fenomena kematian bayi secara mengejut akibat corak pernafasan ini.

Bayi yang kerap tidur bertiarap dikatakan mempunyai risiko tinggi mengalami SID. 

Sebab itu juga, Nida sentiasa pastikan anak anak dalam posisi yang selesa sebelum tidur, sudah sendawa selepas menyusu dan memeriksa keadaan perut sama ada kembung atau tidak.

3 Tips Mengenalpasti Corak Pernafasan Bayi Yang Bermasalah


Jika ibu ibu mahu mengenalpasti sama ada corak pernafasan bayi normal atau tidak, boleh guna 3 tip ringkas ini:

  1. Dengar bunyi yang bayi anda buat semasa tidur dengan meletakkan telinga anda berhampiran mulut atau hidungnya. Jika pernafasannya tidak seperti sediakala, anda boleh mengesannya
  2. Perhatikan dada bayi anda selama seminggu dan nyatakan sebarang penyelewengan dalam cara dadanya menghela naik dan turun. Jika ada perubahan, rujuk pakar kanak-kanak.
  3. Meletakkan pipi anda ke hidung dan mulut bayi untuk merasai kelembapan dan haba semasa bayi anda bernafas. Dengan cara ini, anda boleh mengesan sama ada terdapat apa-apa perubahan yang sama semasa bayi anda tidur pada waktu malam

Simtom Lain Menunjukkan Masalah Corak Pernafasan Bayi

Selain itu, perhatikan juga simtom simtom lain yang menunjukkan ketidakaturan corak pernafasan bayi kecil ini. 

1. Bunyi Siulan

Sekiranya bayi kedengaran mempunyai nafas seolah bersiul, ia mungkin disebabkan oleh hidung tersumbat oleh susu atau lendir.

2. Serak Batuk

Perasan tak bila anak tidur dengan mulut ternganga, mereka akan terbatuk batuk serak sikit. 

Ini berlaku disebabkan kotak suara atau larinks tersumbat.

Kehadiran lendir yang berlebihan dalam salur udara juga boleh menyebabkan tersumbat.

Ini boleh menjejaskan corak pernafasan bayi, tapi akan menjadi komplikasi lain pula pada bayi.

3. Nada bunyi nyaring dan Tinggi

Perkara ini biasa pada bayi yang baru lahir. Ia dikenali dengan nama laryngomalacia.

Pengumpulan tisu pada larinks bayi menyebabkan bunyi dan akan trrjadi komplikasi lain jika dibiarkan. 

4. Batuk Yang Teruk

Apabila sebahagian besar bronkus tersekat, ia membawa kepada batuk yang mendalam semasa tidur. 

5. Pernafasan Cepat

Keadaan ini berlaku disebabkan mukus dalam.paru paru, yang membawa kepada kesukaran bernafas. 

Ia boleh disebabkan oleh radang paru-paru, atau jangkitan paru-paru.

Oleh itu sediakan home remedy untuk anak anak kecil di rumah seperri madu, jus limau atau minyak ikan. Kesemua ini membantu melegakan batuk dan cairkan kahak.

6. Bunyi Berdehit

Ini berlaku disebabkan oleh bronkiol yang tersumbat kemudian membawa kepada bunyi berdehit apabila bayi cuba bernafas masa tidur.

Keadaan ini, jika tidak dirawat boleh menyebabkan asma bronkiolar pada bayi. 

Kurangkan Batuk Anak Anak Dengan Cara Semulajadi

BERJUMPA DOKTOR SEGERA!!

Walaupun orang tua tua kata, kebanyakan perkara di atas adalah biasa pada bayi baru lahir, sebagai ibu bapa kita tidak seharusnga membiarkan bayi terus mengalami.masalah pernafasan ini. 

Peristiwa Ahnaf dimasukkan ke hoapital akibat corak pernafasan beruba ubah ini cukup menjadi pengajaran buat kami.

Sekarang, jika dah perasan yang Ahnaf sudah mula batuk batuk kecil, kami akan segera kira kadar pernafasannya dalam seminit selain berwaspada jika ada corak pernafasannya yang agak pelik.

Ibu bapa boleh gunakan tips di bawah juga srbagai panduan mengenalpasti jika bayi anda perlu segera ke pusat rawatan:

  • Jika bayi anda bernafas lebih daripada 60 nafas seminit.
  • Berterusan berdengkur dan mengeluarkan bunyi pada hujung nafas.
  • Nada bunyi tinggi atau batuk yang nyaring ketika tidur.
  • Penarikan yang tidak seperti biasa atau lebih mendalam pada otot dada semasa bayi bernafas.
  • Hela pernafasan yang lebih panjang daripada purata lima saat.
  • Kemunculan corak biru, bentuk segi tiga pada dahi bayi, menunjukkan keadaan apabila darah tidak mendapat tahap oksigen yang mencukupi.

Jangan biarkan sehingga seluruh badan anak membiru tak da oksigen baru kita hendak lari ke hospital. 

Semoga bermanfaat. Dan semoga ini membantu ibu bapa mengenalpasti corak pernafasan anak anda.

Love, Nida


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty