TIPS MENANGANI BUASIR KETIKA HAMIL DARI BERULANG KEMBALI.

February 11, 2018

APA ITU BUASIR?



Semasa hamil anak pertama dahulu, antara masalah yang sebolehnya saya nak elakkan adalah masalah buasir. 

Walaupun tak pernah lagi mengalami masalah buasir ni, tapi dengar dan baca pengalaman orang lain pun dah rasa sakit.

Buasir ialah sejenis urat simpul yang berlaku di bahagian dubur. 

Salur darah di dalam dubur adalah lembut, yang dan menghubungkan rectum dengan anus. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan boleh membengkak terkeluar semasa atau selepas membuang air besar.

MASALAH BUASIR KETIKA HAMIL

Buasir semasa hamil boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. 

Walaupun tidak semua wanita akan mengalami buasir ketika hamil, namun setiap wanita sebolehnya mahu mengelakkan daripada berlakunya masalah buasir ni.

Ada empat sebab asas yang menyebabkan berlakunya buasir ketika hamil.

🍀 Semasa hamil, jumlah darah bertambah. Dalam masa yang sama, hormon progesterone yang tinggi mengendurkan dinding salur darah.

🍀Apabila kandungan semakin membesar, berat bayi akan menekan salur salur darah di bawah uterus menyebabkannya membengkak dan meregang.

🍀Sekiranya anda selalu menghadapi masalah sembelit, itu juga akan menyebabkan berlakunya pedarahan pada salur darah. Ini menyebabkan tekanan yang menyakitkan pada anus, semasa proses penyahtinjaan.

🍀Buasir juga berlaku selepas kelahiran akibat tekanan semasa meneran bayi. Oleh itupenting untuk kita ketahui cara dan teknik meneran yang betul.


TIP – TIP MENGELAKKAN BUASIR BERLAKU KETIKA HAMIL


Buasir semasa hamil boleh dielakkan dengan cara yang betul. 

Ramai ibu dapat memgelakkan masalah buasir ketika hamil setelah mendapatkan nasihat pada yang pakar. 

Berikut merupakan beberapa perkongsian berkenaan tips mengelakkan dari berlakunya buasir ketika hamil; 

🌸Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti roti, bijirin, beras perang, buahan buahan dan sayur sayuran.



🌸Kekal terhidrat dengan ambil 6 – 8 gelas air sehari.  Cuba bersenam dengan kerap walaupun dengan 30 minit sehari, atau dengan hanyaberjalan.

🌸Jangan tahan diri untuk ke tandas. Jika terasa hendak membuang air besar terutamanya segeralah ke tandas. 

Menahan hendak ke tandas menyebabkan najis menjadi keras dan semakin susah untuk dikeluarkan.

🌸Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku.



🌸Senaman ini dapat meningkatkan peredaran darah di samping menguatkan otot – otot dalam faraj. 

BAGAIMANA MERAWAT BUASIR KETIKA HAMIL?

Walaupun tips di atas telah diamalkan, rawatan terhadap masalah buasir perlu juga diketahui untuk membantu melegakan kesakitan yang dialami.

Tidak semua tips dapat kita amalkan sekaligus dan berkesan dengan kita bukan. 

Jadi, kita harus bersedia menghadapi kemungkinan masalah ini dihadapi dengan kaedah rawatan yang sesuai.

🔷Jika sudah mengalami kesakitan, pastikan anda mandi menggunakan air panas untuk mengurangkan sakit dan gatal. 

Gatal boleh menyebabkan kita akan sentiasa ingin menggaru kawasan tersebut.

🔷Sekiranya kesakitan berterusan, berikan tekanan sejuka pada kawasan bermasalah. 

Pek ais sangat berkesan pada ketika ini, selain mengurangkan sakit ia mengurangkan bengkak pada kawasan dubur.

🔷Cuci kawasan kesakitan dengan bersih, lap dan keringkan sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kuman.

🔷Perlahan lahan cuba tolak masuk buasir yang terkeluar dengan jari bersih ketika mandi.

🔷Apabila berjumpa doctor pastikan anda meminta doktor preskripsikan ubat untuk mengelakkan kesakitan.

PENGAMBILAN SUPLEMEN SEBAGAI ALTERNATIF RAWATAN BUASIR KETIKA HAMIL

Selain daripada mengamalkan cara di atas, terdapat juga saranan pengambilan suplemen yang diamalkan oleh pesakit.

Namun, perlu diingatkan bahawa apa jua rawatan alternatif selain hospital perlulah mendapat pandangan doktor juga. 

Shaklee merupakan peneraju suplemen kesihatan yang sememangnya dikenali ramai. 


Untuk masalah buasir ketika hamil, terdapat 3 suplemen utama yang membantu mengurangkan kesakitan akibat buasir, mengelakkan pembengkakan berterusan dan menyembuhkan luka dalaman.

1. Ostematrix

Ostematrix merupakan suplemen kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium. 

Vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan, manakala magnesium berfungsi sebagai pengawal atur metabolisma, degupan jantung, pergerakan otot dan lebih lagi fungsi lain.

Dengan mengamalkan 4 biji Ostematrix setiap hari, ia membantu mengurangkan regangan dan tekanan pada otot dan salur darah, serta mengurangkan simtom urat simpul yang memacu ka arah terjadinya buasir ketika hamil.

Selain itu, Ostematrix juga berfungsi melembutkan najis so, tidaklah rasa ‘terseksa’ semasa meneran membuang air besar kan.

2. Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik di pasaran yang pernah saya temui. 

Minyak ikan membantu mengurangkan keradangan yang menyebabkan pembengkakan pada salur darah dan dubur.

Omega juga membantu memudahkan proses pembuangan air besar agar tidak menyiksakan lagi, di samping mengelakkan berlakunya pendarahan akibat buasir ketika hamil.

3. Vitamin C

Ramai yang tahu, Vitamin C sangat powerful dalam menangani virus influenza. 

Selain fungsinya meningkatkan sistem imunisasi badan dan penghsilan kolagen dalam badan, ia juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.

Luka akibat buasir ketika hamil boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada ibu.

Jika kurang penjagaan kebersihan dan pemakanan yang sesuai ia boleh jadi satu lagi masalah yang perlu diselesaikan selain kesakitan buasir tadi.

Pengambilan vitamin C membantu pertumbuhan semula sel sekaligus mengelakkan luka terjadi terlalu lama. 

Buasir ketika hamil bukan sesuatu yang kita boleh pandnag remeh. Ia akan semakin teruka apabila bersalin kelak. 

Amalkan pengambilan nutrisi yang seimbang, bersenam secara atur, kekalkan bendalir badan dengan meminum air secukupnya dan elakkan daripada menahan untuk membuang air besar atau pun kecil. 

Dapatkan set buasir hamil anda sekarang!

Klik link di bawah untuk dapatkan SET BUASIR SEMASA HAMIL anda>>

Set Buasir Semasa Hamil

Hubungi Nida untuk sebarang pertanyaan

Wasap ke no. 0165842330

Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Sandakan


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty