TIPS IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA WALAUPUN SIBUK BEKERJA DAN MENGURUSKAN RUMAHTANGGA

February 15, 2018

Aduh, semasa hamil ni penangan penat lain macam je. 


Apatah lagi bila kita adalah ibu bekerja, yang kena uruskan anak anak dan suami, di samping memguruskan bisnes kesayangan ni. 

Saya pernah stay back di sekolah, siapkan kerja sebelum cuti bersalin. 2 minggu sebelum cuti biasanya saya dah stay back sehingga jam 3-4 petang untuk buat urusan kerja hakiki. 

Agak risau juga, tapi di samping tawakkal saya ada amalkan beberapa tips penting dari rakan rakan berpengalaman. 

Hasilnya, walaupun saya bekerja lebih masa tapi saya tetap dapat menguruskan makan minum duami dan anak anak sebaik semampu saya lah. 



KETAHUI PUNCA IBU HAMIL MERASA KURANG CERGAS DAN SENTIASA LETIH.

Namun, bukan semua ibu boleh jadi macam saya mahupun sebaliknya. 

Kerana kita berbeza, maka kita sangatlah berharga kan. Hehe. 

Apa yang menyebabkan ibu kepenatan menguruskan kerja dan rumahtangga?

1. Perubahan Hormon

Hormon berubah ubah semasa hamil sememangnya banyak merubah keadaan kesihatan kita. 

Sekejap kita rasa ok, boleh lah buat kerja banyak banyak. Kalau dah tiba masa kita tak ok maka kena kurangkan kerja dan fokus kepada kesihatan pula. 

2. Tekanan Bekerja

Tidak dinafikan, ibu hamil yang bekerja memang banyak mengalami tekanan. 

Tekanan sebenarnya menunjukkan yang keperluan nutrisi kita tak cukup. 

Perlu diingatkan sesungguhnya semasa hamil kesihatan kita sangat penting. 

Baby comes first!

Bincang dengan ketua jabatan sekiranya kita tak mampu lakukan pekerjaan yang banyak. 

Im sure, ketua jabatan tak boleh kata TIDAK kan! 

3. Makanan Kurang Nutrisi

Nutrisi yang kurang menyebabkan ibu hamil kurang berasa cergas semasa bekerja. 

Apatah lagi jika kita bekerja, pastinya nutrisi lengkap diperlukan untuk menampung keperluan tenaga seharian. 

TIPS IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA WALAUPUN SIBUK BEKERJA DAN URUSKAN RUMAHTANGGA

Ibu hamil yang bekerja sangat perlukan kecergasan untuk kekal bertenaga. 

Tips 1 : Amalkan Pemakanan Seimbang

Sangatlah difahami sekiranya ada ibu hamil yang sememangnya tak dapat menangani keinginan makan jajan, confectionaries dan macam macam lagi semasa hamil.

Namun, cuba untuk stay away dari makanan itu semua dengan tidak membeli dalam jumlah bulky. Beli sikit sahaja. 

Utamakan dahulu pemakanan seimbang. Resipi makanan semasa hamil banyak di laman laman web sekarang ini. 

Lagipun semua ibu pasti tahu maknan yang seimbang menjamin kandungan yang sihat. 

Ibu pun akan lebih bertenaga walaupun bekerja dan sibuk urus anak di rumah kan!😊😊💖

Tips 2: Bersenam Ringan Sekali Sekala

Ramai juga rakan saya takut bersenam ketika hamil. 

Macam macam taboo keluar. Hehe. 

Bersenam menjadikan kita lebih cergas sebenarnya. Daripada asyik duduk terperap dalam rumah kan. 

Boleh amalkan senaman ringkas seperti di bawah. Kalau saya, saya suka buat yang ringkas dan sekali sekala walking atau ligjt run kat Kompleks Sukan Sandakan nun. Hehe

Tips 3: Jaga Stress 

Tekanan yang melampau memberi efek yang tak baiknkepada ibu dan bayi. 

Berapa ramai yang saya kenal mempunyai.masalah dalam kehamilan, hatta selepas melahirkan akibat stres yang tidak terbendung. 

Apa yang setiap manusia alami sememangnya berbeza. Tetapi, kita ada tempat luahan paling ultimate iaitu Allah Yang Esa. 

Saya sentiasa percaya bahawa Dia yang pegang kunci kebahagiaan hidup. Selalu berdoa padaNya untuk diberikan laluan hidup harian yang mudah.

Lagi satu, bagi ibu hamil bekerja persekitaran memainkan peranan penting. 

Nasihat saya, elakkan terlalu mengambil tahu perkara remeh. Ia boleh menjadi duri yang membusuk di hati, sekaligus merosakkan sel sel badan kita. 

Tips 4: Top up Tenaga Dengan Nutrisi Lengkap

Kenapa penting nutrisi ibu hamil yang lengkap ni?

Salah satunya agar badan kita sentiasa ada tenaga untuk digunakan. 

Nutrisi boleh diambil dari pemakanan seimbang tafi dan ditambah dentan pengambilan suplemen yang betul. 

Kerana itu SET IBU HAMIL Shaklee sangat menekankan pada bahagian penambahan nutrisi seperti asid folik, zat besi, minyak ikan, kalsium, protein dan multivitamin keseluruhannya. 

Nutrisi lengkap adalah makanan yang baik untuk sel badan. Bila sel berkembang dengan sihat, maka rubuh badan kita dan baby akan mendapatkan manfaat sepenuhnya. 

Ikuti apa kata ibu ini setelah beliau mengamalkan suplemen untuk tambahkan kekurangn nutrisi padanya ketika hamil.

Ibu ini juga semakin cergas walaupun kena urus anak pertama bersekolah. Pengalaman kami sangat sama tau. 


Semoga ibu hamil di liar sana , terutamanya yang bekerja dan menguruskan rumah tangga akan sentiasa sihat dan cergas. 

Ibu adalah tunjang rumah tangga.

Baca seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang SET IBU HAMIL CERGAS SHAKLEE yang saya kupas dengan lanjut. 

Lots of Love,

Nida



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty