5 PUNCA UTAMA MORNING SICKNESS YANG TERUK PADA IBU HAMIL

February 15, 2018


Tahniah anda mengandung!!

Pasti kehamilan kali ini ditunggu tunggu kan.

Ramai yang menjalani proses kehamilan dengan gembira, thanks to our hormone yang membantu kita nampak happy, berseri, kulit pinkish dan sebagainya.

Tapi, ada juga yang menjalani proses hamil sebaliknya.

Alahan atau morning sickness seawal sebelum pengesahan kehamilan mungkin akan dialami oleh beberapa ibu.

Ia bergantung kepada beberapa punca utama yang mempengaruhi tahap alahan yang dialami.

Syukur, sepanjang hamil 3 orang hero, Nida tidak pernah rasa alahan yang teruk. Setakat ni orang kata bearable lah kan.

APA ITU MORNING SICKNESS ATAU ALAHAN MENGANDUNG?

Aduh, alahan hamil ni bila nak berakhirnye. - gambar ihsan Google


Alahan mengandung biasa berlaku sekitar usia kandungan 6 minggu.

Namun setiap wanita tidak mengalami alahan yang sama dan masa alahan yang sama.

Ada yang mengalaminya awal, ada yang mungkin alaminya lewat dan ada yang memgalaminya sepanjang tempoh hamil.

Kebiasaannya, ibu akan memgalami rasa nak muntah, diiringi loya dan pening pening.

Semasa hamil anak ke3 barulah Nida mengalami sedikit kesengsaraan akibat alahan ni.

Nida kena paatikan perut tak kosong, minum air banyak dan sediakan sedikit kudapan di pejabat untuk dikunyah kunyah. Itu semua bergantung juga dengan selera, kalau takde selera langsung memang agak susah nak elak morning sickness ni.

PUNCA UTAMA MORNING SICKNESS YANG TERUK PADA IBU HAMIL


Walaupun alahan semasa hamil ini kebanyakannya akan hilang sendiri, namun sebenarnya para ibu tak boleh pandang rendah masalah ini.

Apabila dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk dan semakin susah untuk kita kawal masalah alahan ini.

Alahan semasa hamil ini boleh menjadi teruk daripada beberapa sebab.

Antaranya,

🍀 Disebabkan oleh kehadiran hormone hCG didalam darah yang dikeluarkan oleh uri dalam rahim.

Hormone hCG menjadi petanda bahawa kandungan sihat dan bayi membesar dengan baik.

Namun tidak bermakna, mereka yang tidak mengalami alahan / Morning sickness mempunyai kandungan yang bermasalah.

Sebaliknya mungkin wanita hamil sebegini mempunyai kadar toleransi yang tinggi terhadap hormone hCG.

Sebab itu mereka tidak mempunyai alahan teruk jika dibanding dengan orang lain.

Hormon ini juga menyebabkan ibu hamil lebih sensitive terhadap persekitarannya seperti tidak suka kepada sesetengah bau-bauan.

🍀Bau boleh menyebabkan rasa pening sekaligus membuatkan mereka tiada selera untuk makan.

🍀Kehamilan.kembar boleh.menyebabkan sesworang ibu mendapat. Alahan hamil yang.lebih teruk.

Almaklumlah, membawa 2 atau.lebih anak dalam.perut.memang banyak.merubah fisiologi dan hormon ibu hamil kan?

🍀Lapar dan letih juga adalah penyebab utama. Bagi mereka yang ada sejarah masalah gastrik sebelum hamil, kemungkinan perlu mengubah pola makaan, biar kerapa dengan kuantiti sedikit sedikit

🍀Jika ibu pernah memgalami jangkitan gastro-intestine yang disebabkan oleh bakteria  yang disebabkan oleh bakteria helicobactor pylori, ini mungkin menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid.

Masalah ini biasanya dikenal pasti melalui ujian najis dan ujian darah. Ianya mudah dirawat dengan antibiotik yang selamat untuk ibu hamil.

Ada beberapa punca lain selain yang dinyatakan di atas, as setiap ibu mempunyai alahan yang berbeza.

Antara yang paling common ialah disebabkan oleh stress yang dialami semasa hamil. Seperti yang kita tahu, stress juga merupakan kunci kepada pelbagai masalah. Ibu-ibu perlu bijak menangani stress masing masing.

After all, yang paling penting ialah baby dalam kandungan kan? ^^

MORNING SICKNESS AKAN MENJADI ABAHYA APABILA....


1. Berlakunya Hyperemesis Gravidarum (HG) di mana ibu hamila akan mengalami muntah dan loya berpanjangan seharian.

2. Ibu langsung tidak boleh makan dan minum

3. ibu hamil mengalami dehidrasi.

4. kandungan masih pada trimester awal, sehingga masuk trimester kedua.


KESAN JIKA ALAHAN SEMASA HAMIL TIDAK DIATASI

Sekiranya dibiarkan berterusan, ibu akan mengalami banyak kekurangan tenaga kerana tidak mampu makan dan minum dengan baik.

Nida ada seorang makcik yang akan sakit teruk semasa hamil. Alahannya apabila hamil 5 anak perempuannya membuatkan dia hanya mampu berbaring tanpa dapat mengurus rumahtangga.

berbanding apabila dia hamil anak bongsu lelakinya, dia kelihatan lebih cergas. Kemungkinan besar jantina pun main peranan kan? Hihi..

Seterusnya, nutrisi ibu hamil akan berkurang akibat alahan ini kerana apa jua yang masuk ke dalam mulut ibu akan dimuntahkan semula. Yang paling teruk lagi, apabila ibu langsung tidak dapat menjamah makanan yang disediakan.

Sang ayah perlu sentiasa sabar dan peka terhadap perubahan selera ibu. Lagipun, ibu kan membawa zuriat bersama. hehe




Sekiranya anda ada mengalami beberapa permasalahan di atas, segeralah berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan atau kaunseling.

Berbincang bersama suami, atau ahli keluarga terdekat juga banyak membantu.

Amalkan gaya hidup cergas walaupun ketika hamil. Banyakkan aktiviti bersama alam sekitar, selain menjaga pemakanan dengan baik. Pengambilan suplemen yang sesuai juga sangat digalakkan untuk menampung banyak kekurangan nutrisi ketika hamil.

Saya akan tulis entry lain berkenaan cara mengatasi morning sickness atau alahan semasa hamil ini kemudian. Stay tuned!!

Oh, and happy pregnancy. Semoga anda yang membaca ini dapat menempuhi tempoh kehamilan yang membahagiakan.


Love,
Nida







You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty