5 PESANAN BUAT RAKAN BISNES YANG MAHU BERJAYA DENGAN INCOME INFINITY

February 24, 2018

Assalammualaikum.

Selamat berhujung minggu.

Hujung minggu di Sandakan ni, hujan lah pula . Dari pagi hujan, berangin tapi rasa bestπŸ‘πŸ˜Š

Sambil sambil dah submit doa tu, Nida terpanggil nak kongsikan lah daripada pembacaan Nida di blog perniagaan yang lain.



Kebanyakam yang Nida search ialah berkaitan motivasi bisnes, idea leadership dan sebagainya.

Hari ini Nida ingin sampaikan beberapa pesanan atau ingatan buat Nida dan rakan rakan bisnes di luar sana.

Terutama sekali, team Jewels Empire yang semakin hari semakin banyak input, semakin hebat menjadi leader, semakin nampak kepimpinannya kan.

Ingatan ini untuk Nida juga, ala ala back to basic lah sebab kadang kadang bila kita dah jauh ke depan pun sometimes kita kena ambil masa untuk reflect balik apa yang dah kita capai kan.

Okay, sedikit perkongsian dari Nida mungkin boleh bantu bagi idea buat rakan bisnes sekalian kan.

5 PESANAN BUAT RAKAN BISNES YANG INGINKAN INCOME INFINITY, SERIUSLY KENA INGAT BAIK BAIK.

πŸ’“1. MULAKAN BISNES DENGAN TARGET

Ini wajib ye sahabat semua.

Untuk team Jewels, setiap hujung bulan Nida akan ingatkan korang untuk get ready untuk bulan depannya.

Setiap bulan dok minta targetπŸ˜‚. Saya percaya team member yang lain ada buat target cuma malu nak bagi tengok Nida kan.hehe.

Kalau bisnes tanpa target ni, kita akan cepat lost.

Cepat sangat down, cepat rasa unmotivated , sebab apa?

Sebab tak tahu nak buat apa, tengok sharing orang lain banyak sana sini, tapi kita nak start pun tak tau cemana.

So, target lah apa nak tulis, buat niche penulisan kita sendiri, dalam masa yang sama jangan lupa buat target sales and marketing lah.

πŸ’“2. Fokus



Fokus apa KakNida?

Fokus lah buat target tadi tu.

Kalau target nak ada 50 entry blog sebulan, fokus itu dulu.

Gary Vaynerchuk ada mengatakan, fokusla buat apa yang kita mahu. Jangan sibuk nak memgintai orang sehingga kita lupa matlamat asal kita.

πŸ’“3. Work Hard

Mestilah kan!

Kita semua dah hadam sangat tentang saying ni, 'kita buat banyak, kita dapat banyak' .

Kita nak apa yang kita dah target nak buat mesti jadi kan. So, kenapa tak nak berusaha menjadikan ia realiti?

Nida sendiri kena ingatkan diri Nida setiap hari, aku kena kerja kuat sebab by hujung tahun hutang kad kredit akan habis. Begitu lah. Hehe..

πŸ’“4. Berbalik Pada Dia Yang Maha Memberi

Walau macamana pun kita merancang kena ingat Allah Yang Maha Menentukan.

Kita buat sungguh sungguh, doa, usaha, istiqomah dan tawakkal maka Allah akan beri pada mereka yang berusaha.

Ingatlah dia pada masa senang dan susah, sibuk mahupun lapang , sihat mahupun sakit dan seterusnya

Allah suka hambaNya yang sentiasa meminta tau.

πŸ’“5. Dream Big!!

Tak bolehke kalau saya dream cenonet je sis?πŸ˜‚πŸ˜‚

Boleh, tapi awak akan dapat yang cenonet lah kan.

Plus, dreaming is free.

Kita nak berangan hujung tahun ni habis bayar rumah yang harga ratus ribu pun boleh, maybe Allah will grant half of it kan..

Jadi, nak achieve something ni kita kena bermimpi besar. Besar sangat sampai orang rasa mustahil dan kita pun akan buktikan pada mereka


Okay, saya dah sediakan sdikit idea untuk kita terus bersemangat nak kejar penutupan bulan Februari dengan cemerlang.

Semoga kita sama sama cemerlang dunia akhirat.

Love,
Nida

Shaklee Business Mentor
#shakleesandakan
#bisnesdarirumah



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty