vivix

SEMBELIT SEMBUH CEPAT KETIKA BERPANTANG. TIADA LAGI BUASIR YANG MENYEKSAKAN

December 07, 2017

Berpantang boleh jadi proses yang sangat best, mahupun mengerikan.

Tidak dinafikan, tidak semua ibu mempunyai pengalaman berpantang yang mudah dan selesa. Alhamdulillah, bagi ketiga-tiga anak Nida berpantang dengan baik dan muda. Nida tak alami sembelit dan juga buasi

Masalah utama yang banyak dialami oleh ibu ibu semasa berpantang ialah sembelit dan buasir. Aduh, terseksa jiwa raga apabila masuk tandas tapi ia cukup menyakitkan.

Seperti pengalaman Puan Farah ini, beliau juga mengalami sembelit dan buasir ketika berpantang. 

BUASIR SEMASA BERPANTANG ANAK SULUNG TIDAK AMBIL PEDULI. BUASIR MENYERANG SEMASA MENGANDUNGKAN ANAK KE2




.

Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.

.

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. 

Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. 

Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.
.

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. 

Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. 

Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 

BUASIR JADI SEMAKIN TERUK SEMASA MELAHIRKAN SEHINGGA DOKTOR MENCADANGKAN UNTUK IKAT.

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. 

Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. 

Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.

Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras.


TERUSKAN MENGAMBIL SET BERPANTANG SHAKLEE DAN VIVIX MEMBANTU KESIHATAN MENJADI LEBIH BAIK. BERPANTANG JADI LEBIH MUDAH DAN SELESA.



.


Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi.

Malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice 
.
Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. 

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. 

Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh. 

Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 
.
Alhamdulilah.. Itulah shaklee effect saya. Saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!

Vivix pilihan suplemen ibu ibu masa kini.

Alhamdulillah shaklee effect Vivix dalam set pantang memang ramai dah alaminya. Untuk dapatkan set pantang Shaklee boleh hubungi Nida di link di bawah, dan dapatkan juga konsultasi eksklusif dari Nida untuk cara pengambilannya.


Ok, jumpa di lain entri. 

Till then,
Love , Nida

COD : Giant Sandakan, 1B Hypermall KK, 
POS : Bas seluruh Sabah, Postage Seluruh Malaysia

Pengedar Shaklee Sandakan
Pengedar Shaklee Sabah



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty