SELALU PENAT? AMALKAN 5 VITAMIN INI UNTUK MEMBANTU ELAKKAN KEPENATAN.

December 06, 2017

Assalammualaikum.


Cuti-cuti ni ke mana? Hehe. Seronok betul tengok ramai sahabat saya jalan jalan ambil angin seluruh Malaysia dan luar negara.

Belum ada rezeki kami untuk ke mana mana cuti ni. InsyaAllah minggu depan balik kampung pula.

Berjalan bersama ahli keluarga sememangnya buat badan kita mula rasa sakit akibat penat seharian, atur perjalanan anak anak dan melakukan aktiviti kan. Haa tu petanda zat zat nutrisi dah banyak hilang. Dah digunakan dalam sehari, kita mestilah top up balik kan.

Zat nutrisi kita perolehi daripada vitamin dan mineral yang boleh didapati daripada makanan dan juga suplemen. 

Namun, bukan semua zat nutrisi itu kekal dalam makanan. Ada yang akan musnah sebelum dapat digunakan oleh badan. Ini disebabkan ia di masak dengan haba yang tinggi menyebabkan zatnya awal awal lagi dah hilang.

Ada juga yang berasal daripada sumber bukan semulajadi. 

FUNGSI VITAMIN DALAM MENGEKALKAN KECERGASAN HARIAN


Gambar Ihsan Google


Pada zaman serba moden ini, pengambilan dan amalan suplemen ini merupakan pilihan ramai. Selain ia mudah, dan cepat suplemen juga sebenarnya melengkapkan makanan yang kita ambil seharian.

Bila zat zat nutrisi mencukupi, maka badan yang bekerja seharian dapat dipulihkan dari sakit sengal sengal badan dan kepenatan. 

Kenapa Nida cakap, melengkapkan?

Makanan yang kita makan seharian tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi sebenar yang diperlukan oleh tubuh. Sebagai contoh, 500mg Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren dalam satu hidangan. 

Saya tak mampu nak dapatkan kesemua 7 biji buah oren sekaligus, maka saya mengambil 1 tablet Vitamin C 500 mg untuk memastikan ia mencukupi. Mudah kan.

Begitu juga dengan beberapa vitamin lain.

5 VITAMIN YANG WAJIB DIAMBIL JIKA ANDA SELALU KEPENATAN SETIAP HARI

1. Vitamin B

Vitamin  B ialah vitamin larut air yang mudah ditelan. Honestly, saya bukanlah peminat makan vitamin B terutama sekali bila dengar khabar angin mengatakan vitamin ini boleh buat kita jadi gemuk.

Tapi, saya tak makan vitamin B pun gemuk. Hihi.

Saya start ambik vitamin  bila selalu mengantuk masa buat kerja. Selalu penat rasa macam nak tarik tarik rambut. Aduhai.

So tawakal saya telan je Bcomplex Shaklee dan redho kalau gemuk baru kita diet kononnya. Hehe.

Amazingly, semacam ada perasaan happy dan tenang, since then I did my work at my best di bilik guru. Walaupun kerja cikgu ni macam macam cabarannya.

Vitamin B sangat dikenali sebagai vitamin tenang, mengelakkan kesakitan saraf dan sebagai pain killer juga selain fungsinya yang membantu tingkatkan kecergasan dan juga elakkan rasa penat.



2. Vitamin C

Vitamin C sangat sinonim dengan kebolehannya meningkatkan imunisasi badan dan juga menghasilkan kolagen yang baik untuk kulit. 

Dengan ini, vitamin C mengelakkan badan dari serangan virus dan bakteria yang menyababkan kita menjadi kurang cergas dan sentiasa penat.

3. Multivitamin

Seperti yang kita tahu, kekurangan banyak zat zat dalam badan membuatkan kita jadi selalu penat dan kurang cergas. 

Pengambilan multivitamin yang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan membantu zat zat yang hilang tadi untuk top up semula. Haa bila dah mencukupi keperluan nutrisi tubuh tu, mestilah badan rasa lebih refresh, kurang penat dan kembali cergas.

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik sepanjang 100 tahun ia dihasilkan!

4. Protein

Protein sangat penting untuk kita mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas. 

Kekurangan zat zat dalam badan menyebabkan sel sel badan kita yang rosak tidak dapat dibaik pulih dengan cepat. Sebab itu perlu ambil protein as protein ialah makanan bagi sel. 

Bila sel-sel dapat membentuk dengan baik, secara automatiknya fungsi tisu dan organ akan menjadikan kita rasa lebih sihat, kurang rasa penat dan cergas sentiasa.

Namun, pastikan sumber protein yang kita ambil adalah dari sumber dan perolehan yang semulajadi. Tidak banyak suplemen di luar sana yang mempunyi fungsi protein terbaik.

ESP sumber protein terbaik di pasaran.

5. Kalsium

Kalsium sangat penting untuk membntuk tulang dan gigi yang kuat.

Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium adalah sangat lengkap dalam menjadikan tubuh badan kita cergas dan sihat.

Vitamin D membantu penyerapan kalsium di dalam badan. 

Magnesium pula membantu otot 'bekerja' dengan lebih baik. Kajian mendapati bahawa 
Jangan lupa dapatkan vitamin anda setiap hari tau. 

Pilihan vitamin Nida, semestinya dari Shaklee. 

Terbukti selamat semulajadi dan berkesan. 














You Might Also Like

1 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty