CARA MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN KOLAGEN DALAM TUBUH SEIRING USIA

September 17, 2017

Sejauh mana kepentingan kolagen pada tubuh badan kita?

Ramai yang masih tertanya tanya apa lah yang penting sangat dengan kolagen ni sampai banyak sangat produk menganjalkan kulit dan boost kolagen sekarang.

Jangan pakai produk sembarangan ye.

Kena tahu fungsi produk tersebut pada kulit, kandungannya, serta keselamatan produk itu sendiri.


APA SEBENARNYA KOLAGEN?

Pernah tak kita tengok gambar lama, semasa umur kita kurang 10 tahun dan dapati wajah kita masa tu jauh berbeza. Lebih fresh, lebih firm dan nampak memang muda!

Pernah sentuh pipi bayi? Gebu, halus dan licin kan. Ini semua kolagen punya kerja😆

Kolagen adalah sebatian dalam sel kita yang menjadikan kulit lebih halus, gebu dan anjal. Ia merupakan sejenis protein yang berada 75 - 80 peratus di bahagian dermis kulit kita.


Semasa muda, ikatan kolagen pada sel kulit masih kukuh, utuh, kuat dan banyak. Ini yang menjadikan kulit masih gebu, masih pinkish, masih lembut dan lembap.

So bila usia sudah berubah, secara tak langsung kita akan berusaha mencari cara untuk kekalkan dan tingkatkan lagi kolagen dalam badan untuk kesan seperti masa muda kan?


CARA MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN KOLAGEN DALAM BADAN SEIRING PENINGKATAN USIA


#1 Tingkatkan Pengambilan Vitamin C



Tahukah anda vitamin C boleh membantu hasilkan kolagen dalam badan.

Melalui kajian yang dijalankan oleh American Journal of Nutrition, wanita yang berusia 40 tahun yang mengambil kandungan Vitamin C yang tinggi berbanding yang mengambil Vitamin C pada kandungan yang rendah mempunyai kedutan yang kurang berbanding sebaliknya.


Selain membantu tingkatkan imunisasi dalam badan, Vitamin C yang juga sebagai ejen antioksida membantu kita mendapatkan kolagen hatta pada usia yang telah meningkat. 500 mg Vitamin C boleh didapati pada 7 biji buah oren, dan buah buahan sitrus yang lain. So kalau nak lebih dari 500 mg Vitamin C kena ambil lebih dari 7 biji buah oren sehari.


#2 Berhenti MEROKOK



Rokok merupakan salah satu ejen yang menambahkan bilangan radikal bebas dalam kulit. Dulu, saya sendiri pun tak memahami kenapa si radikal bebas ni sangat perlu untuk dimusnahkan. Dan salah satu juga yang menyebabkan banyak masalah kesihatan berpunca dari rokok.

Tinggalkan terus rokok anda jika anda seorang yang dah sedar tentang keburukannya. Kandungan dalam rokok terdapat banyak ejen yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan sel mudah diserang penyakit.

#3 Pakai Pelindung UV



Sinaran ultraviolet atau sinar UV merupakan ejen penuaan yang didapati dari luar. Pancaran cahaya matahari yang mengandungi sinar UV akan tembus ke dalam kulit dan merosakkan struktur kolagen dan memusnahkan elasitin.

Ini yang menyebabkan kulit selalu nampak kusam dan kurang berseri.

Losyen pelindung UV sangt diperlukan terutama sekali oleh wanita di Malaysia kerana negara kita mempunyai suhu yang agak tinggi.

Pemakaian krim wajah yang ada SPF juga merupakan antara rahsia kehalusan dan kecerahan kulit wanita Korea. Ramai je yang nak kulit cantik macam wanita Korea tapi tak ramai nak komit dengan usaha yang diperlukan ke arah itu.


#4 Antioksida Untuk Menyerang Radikal Bebas

Radikal bebas merupakan ejen yang akan memusnahkan sel dalam badan. Radikal bebas akan memusnahkan sel yang sihat dan mengurangkan keupayaan sel untuk melawan penyakit. Ini yang menyebabkan kita sakit selalu, lemah lesu dan oenyakit lambat nak sembuh.

Radikal bebas memusnahkan kolagen pada kulit, merosakkan DNA dan menyebabkan kita kelihatan tua dari usia. Jika kita prihatin terhadap kesihatan kita, kita kena usahakan dahulu untuk membina jaringan sel yang sihat dalam badan sebelum mula berfikir produk yang boleh jadikan kita putih dan cerah sekelap mata.

Sumber antioksida yang tinggi terdapat dalam makanan dan suplemen yang diperkaya dengan vitamin A, C dan E.


#5 Kurangkan Pengambilan Gula




Apa kaitan pengambilan gula dengan mendapatkan kolagen dalam badan?

Gula yang berlebihan dalam darah akan memekat dan melekat pada lemak dan protein yang membentuk AGE protein. Ini merupakan antara sebab yang besar untuk menghasilkan garis kedutaan, menghasilkan kulit wajah kendur dan penuaan awal.


#6 Lakukan Pengelupasan Wajah Seminggu Sekali




Proses pengelupasan membantu mengurangkan sel sel mati, daki dan kotoran pada wajah. Memadai dengan lakukannya seminggu seklai untuk proses ini. Jangan lakukan selalu kerana ejen pengelupasan juga akan menyebabkan kulit mudah terhakis dan kulit sensitif.

Sekarang tengah popular skrub kopi kan. Macam best kalau kita dapatkan 1 botol di rumah untuk pengalaman spa sendiri. Selepas tu buatlah homemade mask untuk kesan tegang dan anjal yang berkesan. Ini dapat memelihara kolagen secara semulajadi.


#7 Lakukan Urutan Teratur



Perkara yang boleh dilakukan dirumah untuk naikkan kembali kolagen dalam badan ni semua orang pun suka kan. Tak semestinya kena ke spa atau facial treatment terutamanya yang mahal. Boleh sahaja kita lakukan di rumah. Lebih mudah dan selamat.

Urutan ini penting untuk melancarkan peredaraan darah, merangsang pengeluaran kolagen dan lebih menyegarkan. Ini dapat merangsang kulit menjadi lebih sihat dan berseri.


#8 Lakukan Aktivit Fizikal Secra Berkala


Aktivit fizikal tidak dinafikan antara cara untuk mendapatkan tubuh badan yang suhat. Ia bukan sahaja dapat menjadikan badan lebih cergas dan bermaya, namun aktiviti senaman yang konsisten menggalakkan kesihatan sel badan yang lebih baik.

Peredaran darah yang baik membantu sel dalaman tubuh berfungsi dengan lebih baik. Tak ada masalah dah untuk jadi muda kembali. Kolagen pun terjaga baik, kulit lebih anjal dan gebu.



Melalui tips dan perkongsian cara mengekalkan dan meningkatkan kolagen pada usia lanjut ini semoga dapat memberi kan anda sedikit maklumat, dan motivasi untuk terus berusaha menjaga kesihatan dalaman dan luaran.


Kekurangan kolagen pada usia yang telah lanjut itu ialah perkara biasa. Embrace our aging beatifully orang kata. Hehe.


Dah berusia pun kena jadi berusia yang menawan kan!


Semoga bermanfaat


Love, Nida

You Might Also Like

8 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty