Ahli Shaklee

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBERI IMPAK DALAM HIDUP SAYA - Part 1

August 09, 2014

Assalammualaikum..
Selamat hari raya Aidil Fitri. Raya yang ke 13 sudah hari ini. Open house masih meriah di sana sini kan.

Okay, entri kali ini sudah lama dipendam sebab tak tau nak mula dari mana. Diri ini masih kerdil di dalam dunia Shaklee. Tetapi hati saya besar ingin kongsikan juga bagaimana sebenarnya Shaklee membuka hati saya, sedangkan saya pun di antara mereka-mereka yang pernah membenci produk ini dahulu. Saya buat dalam 2 part, supaya tak bosan juga nak baca kan. hehe

Shaklee sebenarnya jenama suplemen yang tak asing bagi saya, kerana sebelum menjadi ahli secara sah pada tahun 2012, saya sudah kenal dengan Shaklee dari tahun 2007 semasa belajar tetapi masa ini pensyarah nutrisi kami hanya bagi contoh beberapa syarikat suplemen yang ada , tak tahu pun Shaklee ni syarikat berkonsepkan MLM. Kemudian mula mencuba suplemen Shaklee pada tahun 2010. Masa ini, saya betul-betul ingin hamil, nak betulkan haid lah, lepastu nak kurus lah.Dan, pada ketika ini laha saya tidak merasakan keberuntungan dengan Shaklee. Kenapa?

Tahun 2010 merupakan tahun saya mula consume Shaklee. Masa tu saya ambik GLA complex, Lecithin, dan Alfalfa serta ESP. Saya jumpa dengan seorang distributor Shaklee ni (seorang guru juga) dan dia pun suggest suplemen yang bagus untuk masalah haid dan kesuburan saya. 

TETAPI, dia tidak memberikan cara pemakanan yang betul, menyebabkan saya ambik semua suplemen SERENTAK, dan setiap hari dengan berdasarkan panduan di belakang botol. Suami pun ambik Vitamin E, ZInk, Vitalea. Pada awalnya teruja saya nak makan, sebab katanya berkesan. Setelah berbulan makan, dan saya masih tidak ada perubahan haid maka saya jadi bosan dengan Shaklee. Lantas saya menghukum vitamin itu dengan bertindak membuang semua botol - botol nya, sedangkan Lecithin saya masih baru. Bencinya saya dengan Shaklee dan dengan orang yang menjual tadi.

Pada Tahun 2012 , semasa sebelum melahirkan anak sulung saya, saya banyak cari maklumat tentang berpantang dan menyusukan bayi di internet. Asal taip je tips air susu banyak, mesti keluar cerita Shaklee, ataupun set berpantang, mesti ada juga Shaklee terselit. 

Pada mulanya saya hanya akan baca entri yang bukan Shaklee, almaklumlah dah benci kan. Mak saya pun ada tagline dia nak beli suplemen (yang penting bukan Shaklee). Tetapi kebanyakan entri yang bukan Shaklee hanya berikan saya info tentang jamu-jamu, tentang barang-barang semasa berpantang, jenis makanan untuk membanyakkan air susu, dan kebanyakan tidak memuaskan hati saya sebagai pembaca dan information seeker

So, nak taknak saya cuba baca entri-entri berkaitan Shaklee. Semakin lama saya membaca semakin seronok perasaan, sebab pengalaman dan penceritaan mereka begitu hampir dengan apa yang saya ingin tahu. Cara mereka bercerita tentang keseronokan berpantang, meriahnya air susu, membuatkan saya terdetik , aku kena cuba Shaklee lagi ke ni? Disebabkan saya takut ditipu lagi, saya hanya membaca sahaja info-info mereka, dan cuba praktikkan tips-tips yang diberi sahaja, Saya buntu hendak bertanyakan dengan siapa berkenaan Shaklee kerana saya tidak ada kenalan rapat dalam bidang ini.

Namun, segalanya berubah pada bulan Disember 2012 iaitu 4 bulan selepas saya melahirkan Iman. Sebelum tu saya hairan berat badan Iman memang tak banyak naik, walaupun saya bagi susu ibu dan mix kadang2 dengan susu formula. Lepastu kat pipi dia ade rashes and dia tak selesa jadinya. So masa tu masih membaca tentang apa yang bagus untuk breastfeeding, saya terus baca kebaikan ESP dan Vitamin C. Pada masa saya masih tercari-cari ejen yang sesuai, Alhamdulillah sahabat baik saya Faridah Chalo inbox kat FB tentang kebaikan ESP (masa tu ESP tengah promo). Saya pun terus cakap nak beli, and dia ajak join member sebab member ni boleh dapat harga murah.

Alhamdulillah, kulit anak saya bertambah gebu, semakin cerah, dia pun makin berisi selepas saya ambik ESP dan Vitamin C. Pada masa yang sama, saya juga amalkan makanan harian biasa, and taklah bergantung sepenuhnya dengan suplemen. Seronoknya saya masa tu sampai saya tak malu share dengan sepupu dan kawan-kawan yang baru bersalin sama.

Okay, nanti saya sambung kat Part II berkenaan perjalanan bisnes Shaklee saya pulak, yang saya tak pernah terfikir untuk dapat dalam mana-mana bisnes yang lain.

Sayang Selalu,

Anidah KAmsin
891274
Sandakan, Sabah

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty