SET BUASIR

#6 TIPS MENANGANI BUASIR (HEMORRHOID) KETIKA HAMIL

July 12, 2014

Buasir sememangnya antara perkara yang kebanyakan ibu ingin elakkan, dari bermula kehamilan sehinggalah selepas melahirkan anak. Ramai wanita mendapat buasir ketika hamil terutamanya yang telah memasuki trimester ke3.

Terdapat 2 jenis buasir ;

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.




Buasir semasa hamil sememangnya menyakitkan dan kurang selesa

Buasir adalah urat varikos (urat bengkak yang hadir dalam bahagian rektum). Kadang kadang ia akan tertonjol keluar dari dubur. Ia biasanya berasa gatal atau sakit dan kadangkala boleh pecah dan berdarah.

Buasir hadir apabila berlakunya tekanan atau ketegangan yang menyebabkan urat-urat di dalam rektum membengkak dan membesar. Tiga sebab lazim buasir adalah;

1. Ketegangan semasa pergerakan usus.
2. Ketegangan akibat berat berlebihan.
3. Tekanan ketika duduk atau berdiri untuk suatu jangka masa yang lama.


BUASIR KETIKA HAMIL

> Semasa hamil, rahim anda yang sedang membesar boleh meningkatkan tekanan pada urat di bahagian bawah tubuh. Ini boleh menyebabkan buasir berlaku.

> Hormon-hormon semasa hamil juga akan menyebabkan dinding urat berehat. Ini akan membenarkan ia membengkak dengan lebih mudah.

> Ketegangan terutamanya semasa pergerakan usus yang kuat, memerangkap lebih banyak darah di dalam urat yang membengkak. Ini boleh membuatkan buasir menjadi sangat sakit.

> Ketegangan juga boleh menyebabkan buasir terkeluar daripada rektum.

Jika sekiranya seseorang itu pernah mengalami buasir sebelum hamil, potensi untuk mendapat buasir ketika hamil juga sangat tinggi. Ia boleh berlarutan semasa hendak bersalin atau pun semasa berpantang. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui pencegahan awal berkatan buasir ini.

APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN?

1. Minum air dengan banyak
- Ibu hamil yang mengalami buasir disarankan untuk meminum 8 hingga 10 gelas air sehari 
atau
- Satu atau dua gelas jus buah-buahan seperti jus prun .

2. Ambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
- Sumber serat yang tinggi adalah daripada sayuran dan buah-buahan. Oleh itu, ibu-ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil hidangan sayuran atau buahan, terutamanya apabila mengalami angin yang berlebihan di dalam perut.



3. Bersenam Selalu
- Terdapat banyak panduan mengenai aktiviti senaman yang boleh dilakukan ketika hamil. Senam robik setiap minggu selama dua jam setengah boleh mengurangkan masalah pencernaan. Ibu hamil digalakkan untuk bersenam robik selama 30 minit sehari dengan kebenaran doktor.

4. Jangan Tahan Apabila Terasa Hendak Membuang Air Besar.
- Ramai ibu yang tidak suka mengunjungi tandas kerana ketidakselesaan. Ini akan menyebabkan proses membuang air besar akan menjadi sukar. Oleh itu, segerakan pergi ke tandas apabila masanya sudah tiba!.

5. Kawal Berat Badan.
- Semasa proses kehamilan, ramai yang mengakui agak sukar untuk mengawal berat badan kerana faktor mengidam. Namun, proses mengidam tidak berlaku setiap masa. Ibu hamil perlu juga mengawal berat badan untuk mengelakkan daripada berlakunya buasir dan juga beberapa penyakit lain.

6. Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama
- Perbanyakkan aktiviti bergerak dan selang seli kan dengan berehat sekali sekala. Ibu juga bleh berbaring sambil berehat. Berbaringlah ke kiri untuk mengelakkan tekanan pada perut.

Kebanyakan buasir boleh sembuh dengan sendirinya. Tetapi anda akan melalui proses kesakitan, bengkak dan gatal akibat daripadanya. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, boleh gunakan bebrapa cara di bawah;

i) rendam bahagian rektum dalam air suam selama 10 hingga 20 minit beberapa kali sehari. Gunakan sitz bath yang boleh diperolehi di beberapa farmasi yang ada menjual alat kesihatan. Sitz bath ialah besen kecil yang boleh dimuatkan di mangkuk tandas.

ii). Gunakan tisu tandas yang kering dan putih untuk mengelap bahagian dubur daripada tisu basah yang melekit. Penggunaan tisu basah hanya akan memudaratkan keadaan.

iii). Letakkan pek pek ais atau penekap sejuk selama 10 minit 4 kali sehari

iv) Jika buasir mula menonjol keluar, tolak ia perlahan-lahan ke dalam kanal rektum.

Sekiranya anda masih mengalami buasir yang tidak menyelesakan selepas mencuba tips-tips di atas, anda boleh berjumap doktor atau pun berusaha secara alternatif dengan SET BUASIR Shaklee.. Berdasarkan TESTIMONI dan penggunaan set ini sendiri, ia banyak membantu ibu- ibu dalam menangani buasir tanpa kesakitan berpanjangan. 

Dapatkan suplemen anda di SINI, atau klik SET BUASIR untuk maklumat lanjut.

Boleh hubungi saya jika berminat,

Anidah Kamsin
ID Shaklee : 891274
SMS/ WhatsApp : 0165842330
FB : Nida Syam
FB Page : ibugojes.com




You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty