hidrasi

#6 TIPS KEKAL CERGAS SEHARIAN

June 30, 2014

Letih? Lesu? Kerja seharian membuatkan anda kurang bermaya?


Tidak dinafikan, aktiviti seharian menuntut kita menggunakan tenaga dengan banyak. Berjalan, berfikir, memandu dan sebagainya. Kekurangan tenaga ini menyebabkan kita lesu dan lemah, boleh mengakibatkan dehidrasi dan juga kerap mengantuk. Sebagai orang yang bekerja, kita harus tahu apa yang boleh membantu kita mengekalkan tenaga seharian untuk tetap kekal cergas, apatah lagi dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Berikut merupakan 6 Tips Bertenaga untuk kekal cergas dan terhidrat seharian. Boleh aplikasikan tips ini juga tau semasa bulan Ramadhan.


#1 . JANGAN TINGGAL SARAPAN/ SAHUR

Ramai yang beranggapan makan di awal pagi akan membuatkan kita lebih mengantuk dan malas kerana perut telah kenyang. Itu sebenarnya tanggapan yang salah dan juga betul. Salah, kerana sarapan atau sahur sebenarnya membekalkan kita tenaga untuk melakukan pekerjaan di awal pagi. Waktu pagi adalah waktu aktif di mana kita cenderung melakukan banyak aktiviti. Betul, sekiranya makanan yang dia ambil adalah makanan seumpama makan tengahari . 

Sarapan atau Sahur yang berkualiti adalah lebih baik diambil berasaskan bijirin , susu, dan kurang berlemak. Namun, sekiranya anda adalah seorang yang sibuk dan tidak punya masa untuk menyediakan banyak perkara, boleh cuba bersarapan dengan Shaklee. KLIK SINI untuk mengetahui kebaikan bersarapan dengan suplemen Shaklee.

#2 . BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR PUTIH

Air merupakan elemen penting yang membina tubuh manusia. Air berfungsi meningkatkan fungsi organ, dengan mengekalkan bendalir dalaman badan, mengekalkan hidrasi tubuh agar tubuh kita tidak cepat lesu. Pengambilan air membantu seimbangkan cecair dalam badan.

Tips minum air yang best : Letakkan sebiji limau atau lemon dalam air putih untuk rasa sitrus yang mnyegarkan. Pasti masa minum air anda tidak lagi membosankan.


Rasa sitrus dalam air sejuk adalah betul mendamaikan dan menyegarkan.

#3 .  PENGAMBILAN CECAIR ISOTONIK/ TAMBAH TENAGA

Selain daripada minum air kosong semata, kita juga boleh mengambil minuman tambah tenaga atau minuman isotonik pada masa-masa tertentu. Ini boleh mengurangkan rasa bosan minum air kosong (bagi mereka yang susah hendak minum air kosong). Pengambilan air isotonik atau untuk tambah tenaga ini amat sesuai bagi mereka yang bekerja, ibu yang sibuk, juga para atlit yang sedang menjalani latihan.

Minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat yang bertambah. Glukos adalah sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik yang mana sumber karbohidrat ialah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus. Ia juga membantu mengurangkan dehidrasi.

Penghidratan yang mencukupi adalah penting bagi semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan cecair penghidratan semula bagi pengguna yang menyukai kesegaran rasanya. Ia juga sesuai untuk mereka yang berhasrat mengelakkan kalori atau mengambil kafein, gula, kalori atau pelbagai bahan yang didapati pada lain-lain minuman dalam jumlah yang disarankan.

Minuman isotonik seperti Perfomance Drink Shaklee adalah pilihan tepat pengguna. 

#4 .  KURANGKAN MAKANAN BERLEMAK DAN GORENG

Makanan yang berlemak dan bergoreng sebenarnya lebih banyak mengandungi lemak berbanding tenaga. Apabila pengambilan makanan jenis ini melebihi keperluan sehariannya, badan akan lebih berasa 'malas' berbanding kebiasaannya dan secara logiknya kurang bertenaga.

Hindari makanan bergoreng semasa sarapan atau pun bersahur. Lebihkan makanan tinggi protein yang dapat membekalkan tenaga seharian tanpa berasa lapar dan lesu (bagi yang berpuasa), dan badan kekal cergas biarpun banyak kekangan kerja yang dibuat.

#5 . BANYAKKAN AKTIVITI RINGAN

Bila bercakap tentang pergerakan, atau aktiviti ringan kita akan menjadi lebih malas kerana beranggapan aktiviti senaman merupakan sesuatu yang menyebabkan anda lebih berasa letih. Sebenarnya, aktiviti ringan ini merangkumi gerakan sebentar semasa di dalam pejabat, aktiviti senaman ringan di dalam rumah termasuklah mengemas rumah, menyapu dan sebagainya.

Selain itu, anda boleh pandang ke luar dan melihat keindahan alam. Ini boleh merangsang otak dan membuatkan kita berasa semakin lesu.

#6 . TIDUR YANG CUKUP

Tidak dinafikan bila kita punya tidur yang mencukupi kita akan lebih segar esoknya. Mood pun lebih ceria. Pada bulan puasa juga, bila kita punya tidur yang mencukupi, kita tetap akan bangun dengan segar.

#7 SUPPLEMEN TENAGA

Sekiranya kita seorang yang sibuk dan memerlukan makanan tambahan dalam bentuk suplemen, Shaklee ada menyediakan makanan tambahan yang mudah disediakan, lazat, dan semulajadi. Anda boleh pilih, sama ada ingin kan suplemen dalam bentuk serbuk untuk di minum atau  tablet dan kapsul untuk ditelan.

Suplemen untuk Tenaga dari Shakle (minum)                  Suplemen Tenaga dari Shaklee 
                                                                                                 (Tablet/Kapsul)
1. Esp                                                                                     1. Vitalea
2. Mealshake                                                                          2. Bcomplex.
3 Cinh Tea mix                                                                        3. Ostematrix, 
4. Cinch                                                                                 4 . Vitamin C
5. Perfomance Drink

Tak tahu mana yang sesuai? Boleh hubungi saya untuk dapatkan info terkini dan konsultasi percuma ;

Nida 0165842330
ID No : 891274

boleh sms/ wassap/ wechat okay kan..



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty