breastfeeding

IM PREGNANT!!: SELAMATKAH JIKA.....

May 04, 2014

Kehamilan merupakan satu fasa yang sangat membahagiakan. Dari saat mula disahkan hamil, sehinggalah saat ingin melahirkan, kita telah dinasihatkan oleh mak mak untuk sentiasa menjaga kesihatan. Bagi ibu hamil pula, tentunya terdapat beberapa kebimbangan yang bersarang di hati, atas dasar keselamatan untuk melakukan beberapa perkara tersebut ;

1. Selamatkah Untuk Menaiki Kapal Terbang Semasa Hamil?



Secara amnya, penerbangan komersial semasa hamil adalah dianggap selamat bagi wnita hamil yang mempunyai kehamilan yang sihat. Walaubagaimanapun adalah lebih baik berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian.Kebanyakan doktor akan memberikan amaran mengenai perjalanan udara kerana ia sebenarnya dianggap berisikotinggi akibat tekanan yang tinggi. Namun, biasanya doktor akan mengehadkan perjalanan selepas minggu ke 36. Masa terbaik untuk menaiki pesawat ialah dari minggu ke14 hingga minggu ke-28 dan jika perlu minggu ke 34. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kelahiran bayi pramatang.

Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh diambil kira sebelum menaiki pesawat;

i. Periksa polisi syarikat penerbangan mengenai penerbangan udara semasa hamil. Panduan bagi wanita mungkin berbeza mengikut syarikat penerbangan.

ii. Pilih tempat duduk dengan berhati-hati. Pertimbangan untuk memilih tempat duduk berdekatan dengan laluan untuk memudahkan anda bergerak menuju ke bilik air.

iii.  Pasang tali pinggang keselamatan. 

iv. Cuba untuk berjalan sekali sekala di laluan dalam kapal bagi menggalakkan peredaran darah dan kekejangan. 

v. Minum air dengan kerap. Ini kerana, kelembapan yang rendah di dalam kabin boleh mengakibatkan dehidrasi.

Sentiasalah berhubung dengan anak kapal sekiranya anada perlukan sesuatu untuk membuatkan anda selesa. Buang rasa malu demi keselamatan anda dan bayi dalam kandungan. Happy travelling mommies!!

2. Selamatkah Jika Saya Mendapatkan Suntikan Selesema Ketika Hamil?



Ya. Ia adalah selamat untuk mendapatkan suntikan selesema semasa hamil. Kehamilan menyebabkan sistem imunisasi anda berkurang. Kehamilan juga memberikan tekanan yang lebih kepada jantung dan paru paru anda. Ini yang menyebabkan kesukaran untuk anda bernafas, yang juga menyebabkan komplikasi seperti pneumonia dan kesukaran bernafas.

Selesema semasa hamil tidak boleh di pandang remeh. Selesema yang tidak dirawat boleh menyebabkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan berat lahir rendah. Satu suntikan selesema dapat membantu mengelakkan potensi terjadinya masalah-masalah ini.

Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor anda apabila anda mengalami selesema terutamnya di awal kehamilan. Apabila anda ingin mendapatkan suntikan selesema, pastikan anda minta suntikan selesema dan bukan satu vaksin semburan nasal. Jangan risau! Suntikan selesema ini diperbuat daripada sejenis virus tidak aktif, jadi ia selamat untuk ibu ibu hamil yang memerlukan.

Pastikan juga, anda beritahu doktor sekiranya anda elegy terhadap telur kerana sesetenga vaksin yang digunakan mengandungi protein telur. Selain itu, sila buat pemeriksaan dengan doktor anda jika anda alah terhadap suntikan yang diberi. So mommies, inilah pentingnya untuk menyediakan diri kita dengan imunisasi yang lengkap sebelum hamil, sama ada dari pemakanan harian atau pun suplemen. Jangan tinggal vitamin C tau!

3. Selamatkah Jika Menggunakan Tab Mandian Panas Semasa Hamil?


Berendam dan dimanjakan di dalam tab air yang menyegarkan adalaha apa yang ibu-ibu perlukan setelah seharian membawa perut berat ke sana sini.  Namun, langkah berjaga jaga perlu diamalkan kerana rendaman di dalam tab air panas lebih daripada 10 minit boleh menyebabkan hipertermia. Ini  disebabkan ibu mengalami suhu badan yang tinggi secara tiba-tiba. Kandungan akan berisiko untuk gugur dan mendapat kecacatn saraf.

Sekiranya anda seorang yang perlukan juga mandian tab ini, berikut merupakan bebrapa langkah keselamatan yang boleh membantu anda:

i, hadkan masa selama 10 minit sahaja untuk berada di dalam tab. Gunakanlah tab mandi sebulan atau 2 minggu sekali.

ii. Elakkan duduk berdekatan dengan salur paip air panas.

iii. Keluar dari tab mandi jika anda merasakan badan sudah panas atau tidak selesa.

So mommies, enjoy your pamperin session. Pastikan suami ada di sebelah anda untuk membantu anda membuat urutan di belakang supaya anda lebih selesa.

3. Selamatkah Jika Saya Menyambung Penyusuan Anak Terdahulu Semasa Hamil?

Secara amnya ia memang selamat. Ramai ibu ibu yang memang masih teruskan penyusuan anak terdahulu walaupun sedang hamil. Walaupun begitu, penyusuan sebenarnya mencetus kontraksi uterus yang sederhana. Sekiranya kontraksi kontraksi tersebut berterusan dan menyebabkan anda berasa sakit perut, doktor akan mencadangkan untuk menghentikan atau menghadkan penyusuan bayi buat masa yang singkat. 

Jika anda bercadang untuk meneruskan penyusuan bayi walaupun hamil, anda hendaklah bersedia dengan beberpa perkara yang menyebabkan anda tidak berasa selesa. 

i. Anak yang menyusu akan perasan perubahan rasa susu ibunya. Ada kemungkinan dia akan menolak susu ibu dan menyebabkan keadaan payudara anak sangat sakit

ii. Penghasilan susu mungkin akan berkurang apabila kandungan berkembang. Ini yang akan menyebabkan cerai susu berlaku kepada anak anda.

iii. Puting payudara akan berasa tidak selesa dan menyebabkan bengkak. Ini akan mengganggu keselesaan anda.

iv. Anda akan berasa lebih letih kerana penyusuan dan kehamilan. Oleh itu, pengambilan suplemen semasa hamil sangat digalakkan untuk ibu hamil yang masih menyusu. Ini adalah untuk membantu ibu hamil mendapatkan kecukupan vitamin dan mineral ke dalam tubuh untuk menampung tenaga yang digunakan



Ibu ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada pakar atau pun doktor yang merawat kehamilan untuk lebih kepastian. Itu adalah tindakan yang sewajarnya daripada membuat andaian sendiri.

Anda ada searang perkongsian? Sila komen di bawah.. Selamat menempuh alam kehamilan sekali lagi..

Shaklee Independant Distributor

Anidah Kamsin
ID : 891274

SMS/WHATSAPP : 0165842330

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty