Tips Parenting

TIPS MENGAJAR ANAK BERENANG

April 27, 2014

Tidak sabar rasanya ingin berhujung minggu lagi dengan anak tersayang. Kami sudah plan untuk bawa Iman berenang di kolam kompleks sukan je. Itu sahaja pilihan yang ada. Hehe..
Iman sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan tanpa pelampung tetapi perlu dipegang oleh abahnya, kerana dia belum ada keyakinan diri untuk berenang sendiri. Terdetik rasa menyesal sedikit keranalambat mencari info tentang bagaimana untuk mengajar anak berenang seawal usia 6 bulan.

Berikut saya kongsikan, tips mengajar anak berenang yang saya perolehi dari www.pama.karangkraf.com;
Happy baby in the water ^^

Tahukah anda, sejak lahir, bayi sudah boleh diajar berenang kerana selama Sembilan bulan berada dalam perut ibu, bayi sudah terbiasa dengan air (ketuban). Memasuki usia empat bulan, bayi sudah mempunyai tindak balas menyelam. Ertinya, jika menyelam, dia tahu bagaimana cara mengelakkan daripada tertelan air. Maka, sebenarnya sangat digalakkan mengajar anak berenang pada usia ini.

Namun, sebaik meningkat usia dan otaknya berkembang, tindak balas itu hilang sendiri. Oleh itu si kecil mesti belajar lagi teknik menahan nafas di dalam air. Berikut tip yang perlu dipraktiskan.

1.    Pastikan mood anda dalam keadaan tenang supaya bersabar dengan kerenah si kecil tatkala masuk ke dalam kolam renang. Anda juga perlu sentiasa dekat dengan mereka supaya anak yakin berada di dalam air.

2.    Sebagai langkah awal, ajak si kecil bermain terlebih dahulu di tepi kolam sebelum mengajaknya masuk lebih dalam. Sentiasa wujudkan suasana gembira agar dia tidak takut.

3.    Sekiranya keyakinan diri anak di dalam kolam semakin meningkat, cuba pergerakan lebih sukar.

4.    Mulakan dengan kolam yang tidak terlalu dalam. Anda boleh berdiri di satu tempat dan minta anak berenang kea rah anda. Lakukan proses ini beberapa kali, tanpa disedari si kecil sudah boleh berenang ulang alik di dalam kolam.

5.    Kemahiran mengapung badan dalam air adalah kemampuan secara semulajadi. Sekiranya anak tidak boleh lagi mengapungkan badan, jangan marah sebaliknya terus mengajar anak berlatih teknik tersebut. Jika dia panik, berikan pertolongan dan galakan.

6.    Jika anak sudah boleh berenang tanpa anda perlu memegang tangannya, lepaskan perlahan-lahan dan biarkan dia berenang sendiri. Namun terus berada dekat dengannya.

 Dr Shiekh Muzaffar pun ajar anak berenang. Lepasni, Iman kena ada swim suit sendiri .. hihi

Anak-anak yang pandai berenang juga dapat membina keyakinan diri di dalam air, mempunyai badan yang lebih sihat dan cergas.

So Mom n Dad, are you all set to the swimming pool this weekend? 
Ceritakan pengalaman anda dengan kami di bahagian komen. 
Nida 0165842330
www.facebook.com/ibugojes.com

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty