baby

TIP-TIP MELEBATKAN RAMBUT BAYI

April 27, 2014


Anak merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah kepada kita, untuk dijaga dengan baik dan dididik dengan sempurna. Sedari kecil, kita sememangnya ingin mempunyai anak yang beralis cantik, berbulu mata lebatlah, berhidung mancung lah dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa setiap tip dan petua yang dikongsikan di sini bukan bertujuan untuk melanggar ciptaan Tuhan dengan mengubah bentuk anggota badan atau sebagainya. Ini merupakan petua, atau tip alternatif yang boleh digunakan oleh ibu-ibu sekiranya mahu kan rambut anak mereka lebat di kemudian masa kelak. petua / Tip yang saya tuliskan ini ialah apa yang saya diberitahu oleh emak, mertua dan nenek serta dapatan saya melalui pembacaan online.


Adik comelkan walaupun botak?- gambar hiasan.

5 Petua atau Tip Melebatkan Rambut Anak

1.  Membotakkan rambut anak seala usianya. 
Walaupun tidak ada teori khas yang menyokong pernytaan ini, ini juga lah antara desakan yang diminta oleh ibu dan nenek saya iaitu untuk membotakkan kepala Iman pada usia kurang setahun. Nak bagi peluang untuk rambut 'dunia' pulak tumbuh, mak saya kata. 

2. Melumurkan minyak di kepala bayi
Petua/Tip ini pun belum ada cukup eviden untuk menyokongnya, namun ini adalah tips yang saya gunakan selepas membotakkan kepala Iman. Minyak yang digunakan tidak ditetapkan, boleh lah guna minyak Jhonson baby, Minyak zaitun adalah antara minyak yang dikatakan sesuai untuk pengurusan rambut kanak kanak atau dewasa.

3. Ibu Yang Menyusukan Hendaklah Menjaga Pemakanan.
Seperti juga orang dewasa, bayi perlu mendapat gizi makanan seimbang. Bukan untuk kebaikan pertumbuhan rambut malah, pertumbuhan badan bayi yang sihat amnya. Inilah sebenarnya kunci sehatnya rambut bayi. Ibu hendakla memastikan bayi mendapat cukup sumber sumber berikut;
  • Protein – telur, ikan, daging, susu, kacang-kacangan sangatlah baik sebagai sumber protein.
  • Asam lemak Omega-3 – ikan salmon, kacang kenari, minyak ikandikenal sebagai sumber bagi zat ini.
  • Zat Besi – lentil, bayam, kacang merah, tomat, kentang memiliki kandungan zat besi yang banyak.
  • Vitamin – buah-buahan, sayuran, kacang hijau, gandum mengandung banyak vitamin, terutama vitamin A, B dan C
4. Membasuh Rambut Bayi dengan Air Rebusan Daun Bunga Raya.
Ok, ini petua dari mertua saya. Saya taktau lah kesahihannya juga, tetapi dari apa yang dia cakap memang dia buat kat anak2 dia. Saya percya jugaklah sebab rambut hubby lebih lebat dari rambut saya. Hihihi.. Rambut saya ni kalau pegi kedai nak gunting or cuci malu je. Baby hair kata barber.. halus dan rapuh. 

5. Lumur Dengan Santan Pekat.
Ok, petua ni saya dapat dari internet. Caranya, campurkan santan pekat dengan pucuk manis. Lepastu ramaskan ke kepala bayi. Buat sekali je pastu tengok hasil. Kalau belum berhasil, ulang balik cara ini dalam 2-3 kali. Hasil boleh diperhatikan selepas sebulan. Saya belum pernah cuba, so sesiapa yang berminat nak cuba boleh cuba and kongsilah hasilnya ngan kita orang k.

Petua anda bagaimana? Jika sudi, jom kongsi kat sini. 
Nida 0165842330 atau kongsikan di ruangan komen.
Happy day ^^

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty