PENJAGAAN KUKU : TIPS MENDAPATKAN KUKU SIHAT DAN KEMAS

April 27, 2014



Kuku merupakan salah satu bahagian yang memerlukan perhatian bagi seseorang individu itu kelihatan hebat dan menarik, seperti juga wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri. Kuku juga memerlukan penjagaan khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus.
Penjagaan kesihatan kuku sama pentingnya seperti pemeliharaan wajah yang memerlukan perhatian dan penjagaan seharian. Terdapat beberapa jenis kerosakan kuku, serta cara mengatasi yang dapat saya kongsikan di sini. 

kuku yang cantik dan kemas memberikan impresi yang baik 

1. Kuku Kering dan Rapuh

Bagi yang mempunyai masalah seperti ini, ini tanda-tanda kekurangan Vitamin A, zat besi dan kalsium. Selain itu, mungkin terlalu kerap berendam dalam air sejuk atau pun air panas.

Cara Rawatannya:
Makan makanan dengan gizi yang disebutkan di atas, urut dan sapukan kuku dengan krim pelembap, atau boleh mencuba untuk sapukan kuku dengan minyak zaitun. Biarkan setengah jam selepas menyapunya, kemudian bolehlah besihkan kuku. Amalkan setiap minggu.

2. Kuku Yang Halus dan Lemah

Kuku seperti ini selalunya di kaitkan dengan keturunan. Namun, ada juga yang mengaitkannya dengan faktor penggunaan pengilat dan pembersih kuku secara berlebihan dari sumber yang merosakkan kuku.

Cara Rawatannya:
Untuk kuku jenis ini, hendaklah memakan makanan yang tinggi protein dan zat besi untuk menguatkan kembali tisu tisu nya agar kuku bertumbuh dengan sihat.

3. Terkopek Mendatar

Saya juga kurang mengetahui tentang situasi kuku ini. Namun, keadaan kuku ini adalah disebabkan oleh kekurangan Vitamin B. 

Cara Mengatasinya:
Tuan punya kuku hendaklah makan maknan yang banyak emngandungi Vitamin B. 

4. Kuku Tanduk

Kuku yang kelihatan sangat tebal. Bahagian tepinya pecah peca. Ada yang berwarna kuning, hijau atau kecoklatan. Ini disebabkan memakai kasut yang sempit dan menyebabkan pertumbuhan kuku terhalang.

Cara Rawatannya:
Kurangkan pemakaian kasut ketat jika perlu, atau selang selikan pemakaian kasut anda seharian. Selain itu, amalkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, kalsium dan protein untuk menguatkan kuku agar kuku tampak bersinar.

5. Kuku Berbintik - bintik Putih

Ini bukan menunjukkan anda mempunyai penyakit! Ini disebabkan leh udara yang ada dalam kuku tanduk tadi. Juga terjadi disebabkan ketiadaan atau kekurangan zat. Tanda ini berkurang apabila kuku terus tumbuh.

Jadi, periksalah kuku anda. Mari sama-sama amalkan pemakanan seimbang untuk medapat kecantikan dalam dan luar secara seimbang. 
Kongsikan petua dan permasalahan anda pada ruangan komen ye

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty