anti stress

Stress; Apakah puncanya?

January 10, 2014

Stress!!

Sejauh mana kita tahu punca punca berlakunya stress. Ramai yang menyatakan bahawa pada zaman serba moden ini, jumlah penduduk dunia yang mengalami stress dalam setiap fasa kehidupan mereka semakin tinggi. 

Defini Stress,

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
  • Gangguan fungsi kehidupan
  • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
  • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh
Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

Tanda-tanda mengalami stress.

Berikut merupakan antara tanda-tanda stress yang berkemungkinan besar anda pernah alami;
  • Terlalu runsing – fikiran terganggu
  • Tidak boleh santai
  • Rambut keguguran
  • Sukar tidur
  • Enggan kerjasama
  • Tindakan mengambil dadah
  • Emosi tidak stabil
  • Takut menghadapi masalah
  • Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
  • Sistem imun badan lemah
  • Pernafasan kencang
  • Sakit jantung
  • Sakit kepala
  • Perut sebu masalah penghadaman
  • Darah tinggi
Apabila tubuh anda sudah mula merasakan tanda tanda stress seperti yang di atas, maka anda haruslah secepatnya mencari solusi untuk menangani stress atau tekanan ini, agar ia tidak merebak ke seluruh anggota dan merosakkan sistem tubuh kita yang pada asalnya sangat sihat.

Cara-cara Mengatasi Stress

1. Pemakanan yang betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri
Apabila anda adalah seorang yang bekerja, anda sememangnya sudah terbiasa dengan tugasan-tugasan yang diberikan, malah menanggap tugasan yang banyak adalah biasa berbanding tugasan sedikit. Namun yang demikian, sebagai seorang manusia kita hendaklah mengetahui bahawa kita mempunyai had keupayaan untuk melakukan sesuatu tugasan. Berhenti untuk menjadi terlalu sempurna untuk orang lain. Jika sesuatu tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain, maka hendaklah kita lepaskan tugas itu untuk orang lain lakukan. Tidak semua perkara kita perlu lakukan seorang diri. Jika tidak, badan kita yanga akan menerima padahnya.

3. Berehat
Perkataan lain bagi berehat ialah.... BERCUTI !!!.. Sememangnya kita disarankan untuk bercuti , keluar dari tempat kelahiran sendiri atau tempat di mana kita berkerja, untuk melapangkan fikiran dan meluaskan pengetahuan. Jika hendak bercuti dan melarikan diri dari hiruk pikuk kota, maka bolehlah memilih tempat terasing dan sunyi sepi seperti di pulau pulau, kawasan yang sejuk dan mempunyai pandangan yang indah seperti kawasan pergunungan, kampung kampung dan seumpamanya. Jika berkemampuan bolehlah mengatur lawatan pendek ke luar negara..

 4. Berinteraksi dengan keluarga dan rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

credit to ; www.seribupilihan.blogspot.com

Tempahan/Pertanyaan :

Nida (Shaklee ID 891274)
0165842330 
email to : nidasyam85@yahoo.com


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty