cara menentukan kesuburan

Cara Menentukan Kesuburan Wanita

March 27, 2013

Salam..
Morning ^^
Pagi-pagi ni teringin nak share pasal kesuburan seseorang wanita. Saya juga pernah mengalami dileme lambat hamil, kerana faktor berjauhan dari suami. Masa tu hanya Allah yang tahu gelojak hati ini. Normal ke taknormal kita ni, boleh preggy ke?semua tu lah kan..tp Alhamdulillah, masuk tahun ke3 kahwin kami telah dikurniakan baby boy yang sangat comel dan betul betul pengubat penantian ibu abahnya..hehe^^

Sedikit cerita TTC saya (Trying to concieve) pada masa itu;
Saya berkahwin pd Disember 2009, disahkan hamil kali pertama semasa Mac 2011. Happynya, tetapi kjap je..29 May 2011, sy keguguran. Sedih nye hanya Allah yang tahu. Bertekad untuk menjaga kesihatan , pemakanan dan berhati-hati mengambil suplemen, Alhamdulillah setelah  6 bulan berehat, saya disahkan hamil lagi pada Disember 2011. Dari situ saya amat berhati2 dalam melakukan semua perkara dan Ogos 2012 lalu selamat melahirkan baby secara ceaserean sebab baby dah beyak masa tu..cian dia..hehe^^

OKay, di sini..sy ulas pembacaan dari blog DR Zubaidi (dr feymes gtewww^^) sebab most of maklumat yang ada dalam penulisannya saya ada praktikkan. Especially part berdoa Doa Nabi Zakaria tu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. Baca ya ..


CARA MENENTUKAN KESUBURAN (oleh DR Zubaidi)

Kesuburan dan Peluang Hamil
Mengira tempoh subur adalaha amat penting bagi pasangan suami isteri yang merancang untuk mempunyai zuriat. Kajian yang pernah dilakukan, hubungan jima' secara rawak tanpa mengambil kira faktor kesuburan isteri, mempunyai hanya 24% peluang untuk hamil berbanding hubungan yang dilakukan mengikut tempoh kesuburan isteri. 

Jadi, apakah itu waktu kesuburan?(Fertile Window)

Ia adalah waktu paling subur dalam beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan. Bagi kehadiran haid yang tetap, waktu subur adalah mudah untuk ditentukan . Ia biasanya berlaku 5 hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.

Apakah Ovulasi ?

Ovulasi berlaku apabila telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari dan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid selama 28 hari (normal ) hari sbur boleh ditentukan pada hari ke14 atau ke 15 daripada hari 1 haid.

Bagaimanakah mengagak Fertile Window ini?

1. Mengira tempoh subur bagi haid kitaran normal. Hari ke 14 atau ke ke15. 
2. Bagi haid kitaran tidak normal, cara pengiraan ada lah seperti berikut;
                                 Haid bulan Januari         : 29 hari
                                 Haid bulan Februari       : 23 hari  (paling pendek)
                                 Haid bulan Mac             : 27 hari
                                 Haid bulan April            : 31 hari (paling panjang)
         Cara Pengiraan : Bagi haid terpendek, tolakkan 18 daripada hari tersebut, dan jawapan adalah hari pertama suburnya .
                                   Bagi hari terpanjang, tolakkan 11 daripada hari tersebut, dan jawapannya ada hari terakhir suburnya.
                            Contoh :    hari terpendek (23 - 18 = 5, maka hari ke 5 ialah hari pertama suburnya)
                                             hari terpanjang (31 - 11 = 20. maka hari ke 20 ialah hari terakhir suburnya)
                                             Jadi, tempoh subur ialah dari hari ke5 perod hingga hari ke 20 period.
3. Mengira suhu badan, kadar kepekatan servical mucus juga boleh membantu . Ini perlukan alat khas yang boleh diperolehi di farmasi.

All and all, kesuburan seseorang wanita juga bergantung kepada pemakanan, cara hidup, dan juga taraf kesihatan kita. Yang paling penting jangan lepaskan berdoa dengan Doa Nabi Zakaria, yang saya juga amalkan daripada selepas keguguran sehinggalah Allah memperkenankan doa kami..Amin.
Selain dengan cara saintifik, kita juga boleh meningkatkan kesuburan melalui cara alami, tunggu entri seterusnya key

^^


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty