anemia

Anemia Dan Kehamilan

March 27, 2013

ANEMIA DAN KEHAMILAN

Kehamilan merupakan perkara terbaik yang berlaku kepada seseorang wanita. Perjalanannya lengkap sebagai seorang wanita, tatkala disahkan hamil untuk pertama kalinya. Persediaan yang terbaik dilakukan, rohani, emosi dan fizikal. Dalam pada ghairah bersedia menyambut kehadiran menyambut orang baru, kesihatan semasa kehamilan adalah yang paling penting untuk diutamakan, tidak kira pertama kali, kedua ketiga dan keberapa kali nya jua.

Semas kehamilan, ibu ibu akan mengalami beberapa perubahan fizikal, mahupun emosi, juga perubahan dari segi keperluan zat-zat harian ibu. Jika dulu , orang kata tidak ada 'pantang', makan apa saja, minum apa saja..tetapi bila sdah berbdan dua, kita haruslah fikir adakah pengambilan makanan minuman harian kita cukup, dari segi zat dan nutriennya, dan apakah kesannya apabila kita kekurangan atau kelebihan nutrien nutrien dan zat-zat tertentu. 

OK, salah satu kekurangan nutrien dan zat yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil ialah kekuranga zat besi, atau pun 'iron deficiency' yang juga dikenali sebagai anemia. Apakah ia?Bagaimana ia berlaku?Bagaimana cara mengatasi?


ANEMIA
Anemia atau kekurangan zat besi, berlaku apabila HB (hemoglobin) ibu berada di bawah 11 (ujian dilakukan di klinik semasa temujanji untuk cek pregnancy). Keperluan hemoglobin orang dewasa yang normal ialah 15 mg sehari, manakala ibu hamil pula memerlukan dua kali ganda daripada keperluan itu, iaitu 30 mg sehari, bagi menampung keperluan nya dan bayi dalam kandungan. 

BAGAIMANA ANEMIA BERLAKU?
Kebanyakan ibu tidak mengetahui paras Hb sendiri melainkan dia menjalankan ujian rutin setiap bulan di klinik seperti mana yang disarankan. Melalui uijian yang dilakukan, maka ibu boleh mengetahui samaada Hb nya mencukupi atau tidak untuk keperluan dua orang, atau 3 orang , atau lebih (base on jumlah baby yang dikandung^^). Anemia berlaku apabila sel darah merah menjadi kurang daripada keperluan badan harian. Semasa menjalankan tesis berkenaan anemia di kalangan ibu hamil di sekitar daerah Kota Belud untuk projek tahun ke 3 saya pada tahun 2007, saya mendapati terdapat beberapa faktor yang mencetus ke arah anemia;
1. Pemakanan
2. Kandungan Kembar
3. Jarak kehamilan
4. Kondisi Kesihatan Ibu

Tesis ini saya jalankan dengan bantuan beberapa jurnal, temuramah dengan ibu hamil sendiri, dan juga temuramah dengan jururawat, pembantu perubatan di klinik yang berhampiran. 
Dapatan saya; 
1. Pemakanan - Kebanyakan ibu hamil mengambil langkah ringan berkenaan pemakanan. Secara keseluruhannya, saya mendapati kebanyakn makanan yang di ambil adalah makanan yang kurang kandungan zat besi, dan ada yang tidak ambil langsung sumber zat besi harian.

2. Kandungan Kembar - ibu yang hamil dengan anak kembar mempunyai potensi untuk kehilangan lebih zat besi kerana, keperluan zat besinya adalah 3 kali ganda. Pembentukan organ anak-anak yang dikandung tidak akan berlaku dengan sempurna tanpa kandungan zat besi yang mencukupi. 

3. Jarak Kehamilan - Ibu yang tidak menjarakkan kehamilan anak seterusnya juga berpotensi mengalami anemia. Ini kerana tubuh tidak sempat untuk pulih daripada kehamilan sebelum dan sudah bekerja semula untuk kehamilan yang seterusnya. Jika ini berlarutan, ibu mungkin mengalami anemia teruk di mana terpaksa melakukan blood tranfusion.

4. Kondisi Kesihatan Ibu - Sebelum merancang untuk hamil, seseorang wanita digalakkan untuk melakukan checkup kesihatan bagi mengetahui keadaan diri sendiri sama ada mempunyai masalah atau pun tidak. Ini bertujuan untuk ibu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari segi kesihatan semasa mengandung. Ia juga membolehkan doktor atau pegawai perubatan bersedia dengan tindakan yang sewajarnya bagi membantu ibu tersebut. Sekiranya seseorg itu sudah mengidap anemia sebelum hamil, keadaan kesihatannya hendaklah dipantau kerana ibu sebegini amat berisiko tinggi untuk menjadi penghidap anemia yang teruk semasa hamil.

BAGAIMANA ANEMIA DIATASI?

Ibu-ibu yang mempunyai bacaan Hb di bawah 11, namun masih berada di atas 9 dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain, anda adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya zat besi dan vit c. Vitamin C membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh sekaligus meningkat sistem imun badan manusia.
Makanan Kaya Zat Besi :                                      Makanan Kaya Vit C;
-ikan bilis                                                              - buah-buahan sitrus
-hati ayam
-sayur bayam
-daging lembu

KESAN ANEMIA KEPADA KANDUNGAN..

Kekurangan HB pada tahap boleh di kawal (bawah 11 tetapi masih di atas 10) tidak mendatangkan kesihatan baby dalam kandungan. Tetapi, sekiranya kandungan Hb sdah terlalu rendah <10 dan berkurang setiap kali cekup, maka terdapata beberapa masalah kepada baby dalam kandungan:

Trimester Pertama:
-apabila kekurangan zat besi yang teruk pada masa ini, pembentukan jantung akan tidak sempurna dan boleh mengakibatkan keguguran. Ini kerana janin memerlukan Hb yang cukup dan pekat untuk membentuk organ dalaman.

Trimester Kedua ;
-Pembentukan organ lain tidak akan sempurna seperti tangan, kaki dan juga organ dalaman yang lain.Pada masa ini keperluan zat besi semakin meningkat.

Trimester Ketiga:
-Kecacatan pada bayi, iaitu pada otak bayi, juga pada organ organnya akan berlaku. Masalah pada trimester ini adalah kesinambungan daripada masalah dari trimester pertama yang tidak dirawat.

Oleh itu, penting nya zat besi ini untuk wanita hamil, kerana ia akan menjejaskan kandungan sekiranya sampai pada tahap yang teruk.

Bagi, ibu-ibu yang mengalami kehilangan zat besi yang serius atau pun yang mempunyai masalah kesihatan di mana tidak boleh mengabil maknan yang dicadangkan, maka ibu akan diberikan pil iron daripada klinik. Namun tidak semua ibu sesuai dengan pil dari klinik. Oleh itu pilihan suplemen juga dibenarkan. Ibu-ibu boleh membuat pilihan suplemen di farmasi-farmasi ataupun boleh mencuba suplemen Shaklee. Ia terdiri daripada Vita Lea dan Vit C. Klik Suplemen For Anemic Person.

All and all, langkah mencegah lebih baik daripada mengubati adalah pilihan semua orang. So we better go for our health checkup once in a while. Bukan untuk kita sahaja malah, untuk insan-insan yang menyayangi kita.

Love,
IbuIman

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty