Kepentingan Susu Ibu Untuk Bayi dari Awal Usia

February 02, 2013

Kenapa Perlu Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semulajadinya untuk bayi manusia. Susu ibu juga menawarkan nutrisi terbaik. Susu ibu juga mengandungi antibodi dan imuniti, dan dapat membantu melawan jangkitan. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah mengikut komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut.Mengapakah sedemikian?

  • Susu ibu berubah mengikut usia bayi   ; Susu ibu untuk bayi pramatang juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, begitu juga dengan susu ibu untuk bayi berusia 8 bulan lebih tinggi kandungan kalorinya daripada bayi berusia 1 bulan.
  • Susu ibu berubah mengikut keadaan cuaca ; dalam cuaca yang sangat panas, susu ibu mengandungi lebih banyak air, dalam cuaca yang sejuk , susu ibu mempunyai lebih banyak lemak.
  • Susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang kita makan; Jadi, bayi anda didedahkan kepada rasa yang berbeza, mengikut rasa makanan yang ibu makan.
Selain daripada sebab-sebab di atas, susukanlah bayi comel anda kerana proses ini boleh mengeratkan kasih sayang antara bayi dan ibu, perasaan yang hanya ibu yang menyusukan akan tahu. Ibu juga akan mempunyai perasaan yang lebih tenang ketika menyusukan bayi apabila merenung ke dalam mata wajah suci dan polos tanpa dosa itu. 

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty