Monday, 18 September 2017

6 TIPS UNTUK KEKALKAN DIRI PADA SUDUT POSITIF. NOMBOR 6 SANGAT DIGALAKKAN BUAT

Berfikiran Positif dan Kekalkan Motivasi Diri
===========

Bukan senang untuk sentiasa ceria walau dalam keadaan marah, atau kekal positif dalam keadaan aura negatif yang kuat, atau cuba menahan sendu di hati walau diejek dan dicerca

"Keep your face to the sun, and you will never see the shadows.” ~Helen Keller


“Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will.”Zig Ziglar





Semuanya bermula dengan sekeping fikiran dan minda yang kuat melawan kata kata negatif. Tak kira dari dalam atau luar diri kita.

Ada beberapa tips yang ingin dikongsi bersama dan peringatan juga untuk sendiri agar sentiasa berfikiran positif dan jauhi dulu perkara negatif yang berlaku

Tip Positif #1 : Hanya fokus pada detik gembira setiap hari

Apa nak buat kak kalau setiap hari saya dimarah oleh bos?

Jangan dulu fikirkan tentang bos! Hehe. Fikir kan bahawa ada makanan tersedia dalam ruang pejabat setiap hari untuk memggembirakan perasaan kita.

Maksudnya, walau kita tahu yang setiap hari kita berdepan dengan bentakan, carcian dan tindakan yang kita tak suka maka, fikirlah tentang perkara yang paling buatkan kita happy hari tu hatta pergi ke tandas sekejap pun. Hehe

Tip Postive #2 : Buat Matlamat Dalam Hidup Berkenaan Perkara Yang Anda Paling Suka

Maksudnya, jika matlamat anda untuk beli kasut jenama Christy Ng by end of this year maka set kan target anda untuk dapatkannya.

By all means, kunci kegembiraan bukan terletak pada apa yang anda buat untuk menggembirakan orang lain, tapi apa yang kita buat untuk diri kita sendiri.


Perlu ada diari peribadi untuk buat 'to do list' sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Tip Positif # 3: Lupakan masa lalu.


Walaupun ada yang kata, perkara lama banyak mengajar kita tapi tak semestinya ia perlu diingat. Simpan lah saja ia, jagan dibuka dan jangan dikeluarkan jika ia akan biarkan kehidupan anda menjadi lebih murung.

Kadang kadang terfikir dulu berat cecah 50 kg sahaja pun dah buatkan kita rasa 'down' sebab sekarang berat dah cecah hampir 80kg kan? Haa.. Tak payah diingat ye. Fojus untuk cari kelebihan berat 80kg pula sekarang. Hehe

Tip positif 4: Berada dalam lingkungan orang orang yang positif

I second this statement! Hehe

Kawan kawan atau circle yang berfikiran positif secara tak langsung akan membawa kita ke arah yang baik berbanding sebaliknya.

Punya sahabat yang bersikap positif, dan sentiasa berusaha menjadikan kita yang sama banyak membantu saya terutamanya untuk menjadi insan yang lebih matang, ibu yang prihatin dan pekerja yang menghormati ketua.

Andai kata kita dalam lingkungan orang yang asyik negatif, tak ke rasa tekanan yang lebih tinggi?


Tip Positif #5 : Punya sekurang kurangnya 1 aktiviti yang ceria dan menggembirakan

Pasti ada yang punya perkara yang disukai sendiri kan. Dengar muzik setiap pagi, pasang video ceramah dan motivasi setiap pagi sebelum.kerja, atau beli tiket travel yang murah๐Ÿ˜‚.

Apa juga perkara yang disukai, buatlah sekali sekurang kurang nya dalam sehari Untuk ini, kita akan terhindar dari asyik memikirkan perkara yang meruntuhkan motivasi kita.

Tip Positif #6 : Alihkan perspektif Negatif Menjadi Sesuatu perkara yang baru dan lebih baik.

Ini lebih baik daripada kita terus layan perasaan negatif yang tak menguntungkan. Ubahlah mind set , cara kita menilai sesuatu dan pandangan leribadi kita sendiri jika berada dalam situasi yang negatif.

Kadang saya akui, nak kekal positif dan bermotivasi bukan senang, sebab kita adalah manusia biasa.

Namun, apa yang dapat kita lakukan ialah BERUSAHA dan SELALU ingat bahawa, perkara negatif membawa kepada tindalan yang tak sepatutnya.

Tarik nafas dan hembus.
Tarik nafas dan hembus.
Tarik nafas dan hembus.

Pujuk hati dan minda bahawa, tenaga kita sangat berharga untuk dibazirkan kepada sesuatu perkara negatif.

Allah sentiasa ada untuk kita. Sebagai seorang muslim adalah sangat penting untuk mengingati Dia dalam apa jua keadaan kita.


Dah bersyukur untuk hari ini?๐Ÿ˜
Alhamdulillah..


Till then, love
Nida

2 comments:

  1. Huhuhu thank you ani post ini. Memang memerlukan. Pjj dgn husband ni buat saya rasa down lah. Lagi2 dalam fasa jaga newborn ni. Tapi sentiasa cari benda best untuk rasa bersyukur hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Siannya wazie.. Husband di mana?.. Semoga wazie tabah. Ada family juga dekat dekat kan.

      Delete