Sunday, 4 May 2014

TUMBESARAN SI MANJA : KEPERLUAN PEMAKANAN ANAK KECIL


Tahun ini Iman bakal menyambut hari lahir nya yang ke-2 pada 27 Ogos akan datang. Menginjak usia 1 tahun ke atas, proses tumbesaran Iman saya rasakan berlaku terlalu pantas. Sehingga kadang-kadang, lambat saya sedari apa yang Iman telah kuasai (dek kerana terlalu sibuk dengan kerja hakiki..sedih)

Namun, saya amat menitikberatkan soal pemakanan Iman. Saya bukannya ibu yang memasak setiap hari di rumah, namun saya akan pastikan makan luar tidak kerap berlaku. Apabila kami makan di luar pulak, saya akan pastikan menu yang dimakan tergolong dalam piramid makanan yang sepatutnya diambil oleh Iman. Very particular and need a lots of hardwork I may say. Tetapi, ini adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua ibubapa. Sebetulnya, kanak-kanak dari usia 2 hingga 4 tahun adalah sangat aktif. Mereka lebih cergas, suka meneroka benda yang baru, dan belajar mengenai dunianya sehingga memasuki fasa prasekolah (4 hingga 6 tahun)sepanjang tempoh yang dikenali sebagai fasa pertumbuhan ini, si kecil memerlukan pemaknan yang optimum untuk menyokong 

Bagi sesorang yang mempunyai Degree Kepujian dalam bidang Makanan dan Pemakanan, sudah semestinya saya sangat cerewet soal pemakanan anak untuk tumbesaran yang baik. Banyak kajian yang saya baca, pemaknan merupakan antara faktor anak-anak menjadi cerdas dan cergas sepanjang tempoh tumbesarannya. Perbezaan tumbesaran juga dapat diperhatikan antara kanak-kanak yang cukup nutrisi pemaknannya, dengan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai 'malnutrisi'. Apa itu 'malnutrisi'? Ia adalah masalah yang dsebabkan oleh kekurangan nutrisi utama dalm gizi pemaknannya.Tetapi, sejauh manakah ibubapa yang lain mengambil kira soal kepentingan nutrisi ini? Seramai mana ibu bapa yang tahu tentang nutrisi penting kanak-kanak?


Nutrien Penting Untuk Tumbesaran Si Kecil Anda





Tenaga

Kanak-kanak dalam semua fasa tumbesaran memerlukan tenaga. Keperluan makanan yang perlu untuk tenaga ini pula berbeza mengikut fasa. Keperluan tenaga mereka berganda setiap kali tumbesaran berlaku dan lebih daripada ketika mereka masih bayi. 
Cadangan Pemakanan : 
Tambahkan jumlah makanan yang mempunyai karbohidrat ke dalam hidangan. Pelbagakan menu harian, daripada yang berasaskan nasi, roti, mi, gandum dan ubi. Kreativiti kita sebagai ibu sesungguhnya sangat diuji terutamanya bila si anak hanya suka sebahagian daripada hidangan yang disediakan sahaja.

Lemak


Ramai beranggapan bahawa lemak tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Lemak akan menyebabkan obesitidan sebagainya. Untuk pengetahuan ibu - ibu semua, obesiti dan penyakit seumpanya bukan hanya datang dari pemakanan, namun gerak kerja harian dan juga senaman yang kurang serta banyak faktor lain lagi. Lemak juga berfungsi sebagai sumber tenaga buat si kecil kerana mereka belum boleh makan dalam bilangan yang banyak. asid lemak penting seperti lemak ikan yang mengandungi DHA, sangat membantu dalam perkembangan otak anak anda.
Cadangan Pemakanan :
Berikan lemak sihat sahaja untuk anak anda seperti lemak sayuran, makanan yang rendah lemak lain. Singkirkan kulit ayam daripada isinya apabila menyediakan maknan yang berasaskan ayam untuk seisi keluarga.

Protein

Kanak-kanak memerlukan protein seawal usia dalam kandungan ibunya lagi. Protein penting untuk membina tisu dan otot yang kuat seiring perkembangan fizikal mereka. Protein juga antara sumber yang diperlukan untuk mengelakkan simtom malnutrisi kanak-kanak.
Cadangan Pemakanan:
Ikan, daging dan ayam adalah sumber protein yang penting. Kekacang juga merupakan sumber protein yang boleh diberikan kepada anak sekiranya tidak elegik. 


Kalsium


Tulang si kecil perlu membesar dengan baik untuk tumbesaran dan ketinggiannya. Kalsium juga sangat diperlukan oleh kanak-kanak seawal usia bayi lagi. Kalsium penting untuk perkembangan tulang dan gigi anak-anak.
Cadanagan Pemakanan:
Sumber tenusu merupakan antara sumber kalsium yang penting untuk kanak-kanak. Namun, dengan perkembangan teknologi pemakanan sekarang, terdapat beberapa jenis sumber kalsium yang boleh diperolehi seperti yogurt, kapsul dan sebagainya.

Folat

Folat (asid folik) atau B9, penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel dalam menyokong tumbesaran si kecil. Pengambilan asid folik juga bagus untuk mengurangkan tekanan saraf , dan memudahkan perjalanan darah yang lancar. 
Cadangan Pemakanan:
Berikan anak anda sayuran hijau dan produk yang diperkaya dengan folat seperti bijiran dan roti


Cadangan pemakana yang saya sediakan tersebut adalah secara am, sekadar untuk memberikan gambaran mudah jenis makanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.

Bagaimana Jika Anak Saya Masih Tidak Mahu Makan? Saya Sangat Bimbang dengan Nutrisinya, Perlukah Saya Berikan Suplemen Buatnya?

Terdapat beberapa pendapat berkenaan memberikan suplemen kepada anak kecil. Ada yang tidak bersetuju kerana sebagai ibu, kita seharusnya perlu pelbagaikan masakan dan jenis makanan yang dihidangkan untuk keluarga. Seharusnya kita harus sentiasa kreatif dalam mempersembahkan makanan. Terdapat juga pendapat yang menyokong pemberian suplemen, dengan syarat tidak diberikan pada anak berumur setahun ke bawah, sumbernya hendaklah berasaskan bahan organik, dan anak perlu tetap makan makanan sebenar mengikut jadual. 

Apapun pendapatnya, ia berkaitan dengan prinsip kita sebagai ibu bapa sendiri. Kita mahu anak membesar dengan sihat, cergas dan cerdas, jadi pastikan nutrisi lengkap yang disediakan bermula dari rumah.

ibupenyayang ^^

Mari kongsikan menu anda untuk si manja di ruangan komen ^^

Nida 0165842330




No comments:

Post a Comment