Thursday, 5 October 2017

CARA ATASI PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT TANPA PERLU BERLAPAR: MEKANISMA PECAH, BAKAR DAN BUANG LEMAK DEGIL

6 SEBAB LEMAK DI PERUT SUSAH NAK HILANG! SEBAB NO 1 JADI FAKTOR PALING UTAMA.

Lately, saya kuat sangat melantak makan.

Not really sure kalau itu adalah simtom hypotiroid selepas hypertiroid atau sebab hormon pms sekarang ni, atau memang nafsu makan tanpa didorong oleh masalah tertentu. Hihi..

Siang tadi pakai baju yang baru jahit Mac lalu, dah rasa sempit terutamanya di bahagian pinggang dan PERUT! I was like.. seriously? Jangan lah cecah 60kg lagi sekarang ni. 

Nak kurus ramai boleh buat. Tapi nak dapatkan perut kempis dan pinggang yang berukuran kecil bukan mudah. Jadinya, ramai yang dapat berat badan ideal tetapi ukuran badan yang tak seimbang. Pada ketika saya sangat komited untuk turusnkan berat selepas kelahiran Arian 2 tahun dahulu, masa itu saya ketahui bahawa lebih baik ukuran badan saya berkurang berbanding nak beria-ia turunkan berat badan. 

Perut kempis memang dambaan ramai wanita terutamanya. Cantik je bila pakai baju kebaya ke, atau baju longgar tanpa perlu kita tahan nafas 10 saat bila selfie. Hihi

bestnya kalau dapat perut macam gambar sebelah kiri ni kan

Okay, ada kemungkinan terdapat sebab sebab tertentu kita tak dapat nak maintain kekempisan perut seiring dengan penurunan berat badan. Berikut merupakan antara sebab sebab mengapa perut susah nak kempis walau kita ni kategori orang kurus;


SEBAB LEMAK DI PERUT SUSAH NAK HILANG WALAUPUN BADAN DAH KURUS


KEKURANGAN MAGNESIUM DALAM GIZI PEMAKANAN

Terkejut?
Apa kaitan magnesium untuk menurunkan berat badan?

Mineral ini adalah sebahagian daripada 300 tindak balas kimia dalam badan. Magnesium biasanya terdapat pada kalsium. Ia membantu stabilkan rentak dan mengawal selia kandungan gula dalam darah. Kalsium pakan terikat bersama - sama dengan lemak dan akan membantu membakar dan membuang lemak berlebihan.

Magnesium boleh didapati daripada makanan, ataupun suplemen tambahan.


5 SIMTOM ECZEMA YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK MENENTUKAN RAWATAN YANG SESUAI DARI AWAL